Saturday, November 19, 2011

TARIKAN SI WANITA




AS SALAM...

               DALAM sibuk ~ sibuk aku duk menglalaikan diri dengan Fb,aku terjumpa satu ARTIKEL ni...Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Siapakah golongan lelaki e2? Mereka ialah:

1. Seorang lelaki yang bergelar AYAH :
               Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(Nota; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat dan menutup aurat? Pengetahuan agama Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Seorang lelaki yang bergelar suami :
               Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(Nota; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka.)

3. Si abang-abangnya :
               Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(Nota; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelaki pula :
               Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. Bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(Nota; Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu. Nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa kerana ibu juga insan biasa. Tidak lepas dari melakukan dosa. Selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka. Jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah, betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang dan anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T; "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


NOTE : MAMPUKAH AKU MEMIKUL TANGGUNGJAWAB UNTUK MENJAGA IBU,ADIK/KAKAK PEREMPUAN,ISTERIKU DAN ANAK ~ ANAK KU NANTI?....YA ALLAH KUATKAN IMANKU,TUNJUKKAN KU JALAN YANG LURUS JALAN YANG KAU REDHAI SEMOGA DIRIKU TIDAK LALAI DARI TANGGUNGJAWAB PADA MU DAN MEREKA SEMUA....AMIN YAROBBAL ALAMIN...

Monday, November 7, 2011

RAYA HAJI


  AS SALAM...
       
          SYUKUR ALHAMDULILLAH kerana masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk bersama - sama meraikan AIDILADHA kali ini...
        
        Raya kali ni keluarga aku xde ambik bahagian lam QORBAN tawpun  AQIQAH  tapi sepupu aku ade la,seperti biasa raya haji memang xramai sedara mara aku yang balik kampung,tapi rumah ku tetap menjadi titik point tuk kami yang dekat - dekat ni berkumpul,,,

         Suasana bile berkumpul memang HURU - HARA,kali nie buat pertama kali aku kena HANDLE tulang - tulang..bukan untuk buat sup,tapi tuk buat singgang..singgang?hurm..first time 2 aku makan singgang daging..hahaha...tapi cara ke tulang fuhh!!! habes pisau,parang,kapak pakai..haha...

         Hari ni memang hari makan kami anak beranak mana tak nya dari pagi asyik duk makan jew,makan lak atas GERE ramai - ramai..fuhhh!!memang menyelerakan..hihihi
    
         Yang paling bestnye sebelah petang,lepas makan nasi masing - masing duk bukak citer
duk gelak ketawa....boleh plak ade yang wat bunyi "nie kalau makan LEPENG nyiur sedap gok ae"...ape lagi terus jalan PROJEK tu...hahahaha

          Mula - mula pakai dapur kayu..cewahhh!!!..nostalgia gitu..hik hik tapi masing - masing xsabar punye pasal terus bukak dapur gas lak tapi dapur kayu still jalan..hahaha
   
         Yang peliknye budak - budak xmo langsung LEMPENG hok buat n dapur gas..hahaha..masing - masing nak hok dapur kayu blake...tertukar lak n orang - orang tua...hahaha

          Kami duk bersembang sampai la ke magrib,tapi lam sembang - sembang 2 aku kena parok kali kena PAKOH di pok sdare aku...hahaha...ALWAYZ di pakoh...huhu tapi ni memang kenangan yang terindah n then ntah bile lak dapat berkumpul cam arini..maybe raye plok kowt..huhuhu