As salam...
Kembali aku mengupdate entry lam ni, itulah dang update skali ase nak update sokmo, dang dok cara berhabuk blog...haha
Kali ni aku berbicara sendirian dalam ni berkaitan status kawan or kekasih, atau lebih detail nya dari kawan kepada kekasih..
Memang agak sukar kan bila kita dah selesa berkawan dengan seseorang tu tetiba dia luahkan perasaan nak lebih dari kawan, automatik kita akan jadi kaku seketika, jika kita turut ada perasaan sama mungkin itu boleh dikategorikan "orang mengantuk, disorongkan bantal pula"... tapi jika kita tak ada langsung perasaan tu pada nya, macam mana nak buat?? macam mana nak jaga hubungan persahabatan tu??..urmm buntu kan?
Situasi itu semua aku pernah alami, aku pernah jatuh hati pada kawan, dan kawan yang lain juga pernah jatuh hati kat aku.. dulu sebelum aku alaminya, aku tak tahu perasaan dia macam mana, sekarang aku mengerti apa yang dirasakan oleh nya..
Sesungguhnya ia tak semudah kita anggapkan situasi "ditelan mati bapak,diluah mati mak" ni..fahamlah aku bila dia mengambil masa mendiamkan diri buat seketika, memerlukan masa untuk mencari jalan yang terbaik agar tiada pihak yang terluka dan menjadi "win win situation"..
Bagi aku seharusnya kita harus bersedia mental sebelum meluahkan perasaan tu, bersedia untuk ditolak dan bersedia untuk diterima, jika ditolak jangan bersedih jangan menjauhkan diri sebaliknya cubalah bersikap seperti biasa walaupun dia mungkin akan berubah, kerna kurang selesa dengan luahan hati kita tu, bergembiralah sekurang-kurang nya kita mencuba nasib ,"tawakkal in nahu, dok try dok tahu" kan..hihi...
Bagi aku dalam situasi dilamar tu, mesti akan terkejutkan, tapi jangan lah sampai menjauhkan diri mu terus darinya, sebaliknya terus - teranglah kamu lebih selesa sebagai kawan, In Shaa Allah dia akan memahami, cubalah bagi kekuatan bukan harapan palsu padanya, jagalah sedikit perasaan nya jangan terus memutuskan hubungan.
Harus kita mengerti sebelum dia meluahkan sudah tentu difikirkan segala baik buruknya, risiko - risiko bakal dihadapi, hilang cinta atau hilang kawan, mungkin kedua-duanya sekali..
Sesungguhnya 'cinta' itu tak mengenal siapa, masing-masing ada cara tersendiri nak hadapi situasi ni, bagi aku setakat ni itulah yang dapat aku handle bila berdepan situasi kawan or kekasih ni... pada kawan aku yang terlibat maafkan aku kawan kerna terpaksa menolak, dan pada kawanku yang sorang lagi maafkan aku juga kawan kerna pernah buat kamu hadapi situasi sukar ni.
Semoga ukhuwah atas dasr persahabatan antara kita terus terjalin dan pesanku pada diri sendiri jangan pernah mengharap lagi jika ditolak sebaliknya berserahlah pada jodoh dan jalinkan la hubungan persahabatan itu seikhlas mungkin....