Tuesday, December 24, 2013

Bertukarr!!


Cakkk!!!

           Hahaha, kan dah bertukar design blog aku nih, maklumlah dah lama sangat pakai yang lama tu, aku rasa perlukan perubahan jadi aku cubalah ubah.

           Sebenarnya dah lama nak ubah tapi tak ingat cara dengan function buttom yang tak macam dulu lagi, google + la apa la mengigau aku cari..haha tapi tak berjaya jugak.

           Akhirnya aku ubah dengan template yang dah dia bagi(yang skema tu), walaupun aku tak berapa suka terpaksa la jugak pakai dulu koz nak edit kod html tuh aku dah tak ingat dah…

           Tapi sehari dua ni tetiba lak aku rasa gatal tangan nak cuba lak sekali lagi tuk tukar design ni, sekali tekan haaa dah jadi, fuhhh berbulan-bulan dok cara akhirnya hari ni sekali tekan berjaya, the moral of stories jangan mudah putus asa, dan jangan buat kerja dalam keadaan yang tertekan..hihi

           Walaupun design berubah tapi aweks aku tetap setia menemani aku dan selalu ingatkan aku pasal tarikh(miley cyrus)..haha..koya nih.. yang penting gambar spongebob tu, aku ingat  nak letak Patrick walaupun dia macam bangang sikit tapi dia setia kawan, tapi spongebob pun ok koz kawan baik patrik tu..haha


          Cerita kartun pom banyak pengajaran die, jangan hanya tahu nak gelak-gelak je, dan yang pasti entry-entry dalam ni masih berkaitan dengan aku, yela blog aku kan mestilah pasal aku, my blog my soul my life my rules…(psstt..kadang-kadang ada jugak mengumpat sal orang)wakakakka

Sunday, December 22, 2013

Kawan kahwin, aku kahwin??


As salam,

         Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, memang menjadi pilihan bagi yang sudah sampai jodohnya untuk melangsungkan majlis perkahwinan, dan aku tak terkecuali…..eh aku?? Opp.. kawan-kawan aku laa..(amboi gatal benor doh mu ni yie)..hahaha, tumpang gembira hok kawan je.

          Btw tahniahla pada kawan-kawan aku yang dah sampai jodoh, yang pasti kamu semua dah bersedia dengan tanggungjawab yang lebih besar, dan aku doakan semoga kalian bahagia sampai ke syurga, walaupun tak semua majlis aku dapat datang, yela korang duk jauh ler selatan, utara, aku kirim kan doa yerp.

           Dalam duk pergi-pergi majlis diorang yang terdekat ni(ganu ni la), aku pun tak lari dari kena soal “aku dah,mu bile”…haha, aku?? Ermm, bile ek??..awek pun tadak der…tunggu jela ada jodoh aku, bila sampai masanya aku akan jejaki langkah seperti kamu semua juga.
  
            Itu depan diorang, belakang diorang aku nak kahwin??entahla aku, dulu pernah la jugak rasa nak melangkah ke alam perkahwinan ni, tapi sejak dua menjak ni keinginan tu dah tak ada, hati macam dah tertutup bukan merajuk ataupun cuba nak pertikaikan takdir kerana sering terkandas dalam perhubungan.

            Tetapi setiap kali aku memikirkan soal tanggungjawab, soal nak jaga hati pasangan, soal makan minum, sara hidup dan berbagai soal lagi lah aku jadi urmm amat-amat tak bersedia…

             Kita nak kahwin dengan anak gadis orang, secara automatiknya hubungan tu tidak terhad hanya dengan pasangan sahaja, mak ayah, adik-beradik, sepupu sepapak dan lain-lain semuanya kena ambil kira, bukan senang kita nak jadi ahli baru sesebuah keluarga, silap langkah akan dibenci,dicemuh.

             Tapi yang paling bermain difikiran aku soal agama, sebagai seorang lelaki adalah tanggungjawabnya untuk mengimamkan, mengajar, membentuk keluarga itu dengan acuan agama yang baik, dan aku akui aku bukanla jenis warak, mengaji pun merangkak-merangkak, kalau mengaji pun aku merangkak macam mana aku nak memimpin makmum-makmum ku satu hari nanti.(sini pun fail dah aku)huhu, 

              Lagipun anak lelaki tanggungjawab lebih besar walaupun sudah kahwin mak ayah tetap menjadi keutamaan, antara sebab ini lah aku jadi tak ada perancangan tuk melangkah jauh, biarlah kawan-kawan dulu,,hihi… sekarang fokus aku hanya pada keluarga, aku ingin bahagiakan keluarga aku, walaupun tak semudah diungkap aku akan cuba juga.

              Majlis nikah kahwin ni, tak ada rm10 000 jangan angan..haha, memang aku tak terfikir langsung nak suruh mak aku masuk meminang siapa-siapa buat masa sekarang ni, dengan aku yang tak bekerjaya lagi, dengan keluarga aku sendiri yang masih terumbang ambing ni..

             Ntahla aku tak mengharap untuk berumah tangga, dan aku berserah pada-NYA sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T itu lebih baik.


Silap Kemudi Tenggelam Bahtera Yang Dilayari, 
Silap Langkah Runtuh Masjid Yang Dibina.

Friday, December 20, 2013

giler paler II

hahaha

                Saja-saja wat entry nih bahagi dua, panjang sangat ;P, jom berbalik pada cerita asal yang terpelihara ni.

                Dalam tengah duk claim tu “HR” pula bagitahu yang nama aku hanya dalam senarai stanby, semuanya 50-50 dengar je khabar tuh semangat aku dah down separuh yela passport dah settle, wang dah melabur serba sedikit tup –tup boleh berita gitu pulak, dia pulak tanya bila nak balik ganu, aku cakap ini malam la yela nak duduk lama-lama wat perabih duit jugak, dia pun bagi kunci rumah sewa sementara tunggu malam,

                Ingat dah boleh rehat lah, rupanya tidak kunci diorang bagi tu salah pergi pulak tukar kat ofis boleh tahan jugak lah jauhnya, tukar kali kedua pun salah jugak tapi nasib baik lah staff ofis kebetulan baru nak keluar dari rumah tuh, aku pun lepak-lepak jap n diorang kat bawah pahtu naik atas mandi-mandi, pahtu turun makan,

               Sambil-sambil makan tu aku mesej kawan-kawan yang kerja kat klang kot-kot boleh jupa, tetiba dapat panggilan dari ofis yang diorang dah beli tiket bas dan naik jam 4 petang, perghh….mase tuh pukul 2.40 ptg mana mase aku nak tido nih,(dalam bas tido ayam boleh la), cepat-cepat siap terus pergi klang sentral

               Dalam van duk sembang-sembang dengan incharge aku bagitahu yang nama aku dalam senarai stanby dia cakap mana boleh itu macam koz visa dan passport semua dah buat, ermmm…. HR cakap stanby INCHARGE cakap pergi, aku ntah lah ada rezeki dapat la pergi kan,,huhu

               Incharge aku ni lak jenis palerr bereh walaupun cina, duk sembang- sembang dengan dia, dia cakap aku just datang klang tuk makan angin jela, mana tak nya naik bas malam sapa pagi pahtu naik bas petang sampai malam pulak.. die yang bawak van pun penat asyik nak tido je, aku apatah lagi.

               Sampai klang sentral pulak, pergi kat sani express punya kaunter tiket(kat klang dia asingkan sani express dengan company yang lain, tapi hampeh koz orang ofis pulak tempah tiket kat bangunan sebelah(kaunter tiket campur-campur), berjalan pulak aku ke sana cari tiket, adoii giler palerr terik nih..

              Sebelum incharge aku tinggal aku kat klang sentral tuh, die cakap mesti boleh pergi punya Thailand..hahaha, sempat lagi wat sedap hati tuh, tengah duk tunggu bas pulak ada la guard ni, bas dah sampai aku nak pergi naik dia cakap bas tu sampai kuantan jela,


              Aku lak biar betul guard nih, tunjuk tiket jumpa driver apa semua betul la tu bas ke ganu kita, aishhh pak cik ni kalau la aku dengar cakap dia mau kena tinggal pulak aku kat situ, naik bas kali ni punya lah lama aku rasa drebar ni banyak berhenti, pergi toilet lah ambil orang lah…pot pet pot pet ALHAMDULILLAH, aku dah selamat sampai rumah, biasa klang-Terengganu 8jam tapi ini malam 9jam lebih,hooo hoiiii..
  
        semuanya berserah ada rezeki aku dapat lah pergi...

Gila palerr I

AS SALAM..

                Tak pernah terbayang aku perjalanan ke klang – Terengganu jadi seperti Marang-Terengganu.

                Semuanya bermula bila aku dapat peluang kerja di Thailand, selepas buat passport di bandar ganu aku kena pergi ke ofis aku di klang untuk urusan visa pula,

               Malam semalam jam 10 malam aku naik bas pergi ke klang, sampai sana lebih kurang jam 5.30 pagi, terus call incharge dalam pukul 6 lebih dia sampai dan terus ke pejabat kedutaan thailand sampai dalam pukul 8 setengah, tak jauh mana pun jarak tapi al-maklum lah bandar kill ell nih jem sokmo…

               Sampai sana tunggu ofis buka pulak jam 9.30 pagi, tunggu punya tunggu akhirnya ofis buka punya lah ramai orang berasak-asak nak masuk dulu, yang menariknya ada sorang girl cina ni, mula-mula duk kat tiang kononnya berteduh dari panas, pintu ofis buka je terus menyelinap nak masuk, ada mat saleh tu pula pergi pukul girl cina tu n dia punya buku, girl cina buat tak taw je..haha

                Adoii macam-macam aku ingat habis situ jela rupa nya tidak, masa no giliran girl tu dipanggil mat saleh tu cepat-cepat pergi kat kaunter dan mengadu yang girl tuh dh potong “Q”, tapi orang kaunter nya buat tak endah je yela orang ramai mesti banyak kerenahnya, tapi mat saleh tu tetap tak putus asa di blebe nya girl tuh, hahaha.

               Dalam ofis kedutaan tu aku rasa dah macam duk lam kamus, yela berbagai bahasa aku dengar..huhu , tapi awek Thailand yang jaga kaunter tu memang cute miut, chomel der..huhu

               Dah-dah berbalik ke tujuan aku yang sebenar, akhirnya permohonan kami untuk dapatkan visa tu ditolak hanya kerana surat original tak bawa, incharge aku nak pergi ambil kat ofis dia memang tak lah, yela jalan jem ler lagipun untuk urusan visa hanya sekerat hari dibuka, kami diberitahu yang hanya incharge saja yang perlu datang esok nya, jadi kami balik ofis dulu dan “settle claim mengelaim”,

                                      ..........................................................

                

Monday, December 9, 2013

Kenapalah begini


                 Hari demi hari, cubaan demi cubaan aku lalui aku tempuhi dengan redha dan sabar dan kadang kala berselang seli dengan rasa yang amat kecewa,

                 Bukan aku ingin berputus asa dengan dugaan yang ALLAH S.W.T bagi ini, tapi aku tak kuat aku dah tak sanggup selalu gagal, sering kali terfikir sampai bila nak begini, gagal dicerca diperli disindir,

                 Bukan aku tak pernah cuba tapi pengakhirannya tetap sama, aku akan kecundang jua tak kira apa saja yang aku cuba lakukan, ALLAHUAKBAR kenapa la smpai begini aku di duga??

                 YA ALLAH, memang aku akui aku cemburu dengan kejayaan orang lain, sering kali kejayaan mereka menghantuiku, aku jua nak hidup seperti mereka yang bahagia dengan kejayaan mereka,
  
                 Aku masih tak faham apa yang sebenarnya majikan nak sebenarnya, jika dulu aku hanya berkelulusan SPM, aku cuba minta kerja dikatanya sekurang-kurangnya diploma, tapi sekarang aku dah ada diploma bila minta kerja dikatanya pula hanya untuk SPM,

                 Urmm, bile aku cakap aku tak kisah jika diterima hanya atas tiket SPM dikatanya pula rugilah diploma awak, awak belajar bertahun-tahun, buat pinjaman sana sini, urmm, ada SPM pun susah ada DIPLOMA lagi lah menyusahkan,ni belum lagi ada ijazah or whatever lah yang lebih tinggi!!!


                Adakah apa yang aku buat ni silap strategi? Adakah setiap apa yang aku buat hanya akan sia-sia akhirnya?? Kenapa susah sangat aku nak berjaya macam orang lain ni???

               Selepas gagal dan gagal dan gagal, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, urmmmm