Sunday, September 29, 2013

Apa salah kami???

         Kenapa perlu kacau kebahagiaan kami??

           Lumrah manusia memang tak senang bile tengok orang senang,  aku cukup hairan apa lagi yang kamu mahukan dari kami?? kami bukan orang kaya, kami bukan golongan VVIP, mahupun orang berada, kami hanya golongan biasa-biasa kami cuba hidup berdikari setelah diuji dengan kematian ketua keluarga kami,
kami cuba berdiri sendiri menempuh dugaan dunia tanpa mengharap belas kasihan, tanpa mengharap bantuan dari kamu kamu kamu dan kamu...

            Disaat kami sedang bertatih untuk meneruskan kehidupan ini, dengan senang kamu datang dan menolak kami, kenapa kamu?kenapa? mungkin kami sihina simiskin ini wajar diperlakukan begitu tapi sedarkah kamu yang kami juga insan biasa seperti kamu, yang membezakan hanya harta dunia kamu itu.

             Tidak cukup dengan itu kamu kamu n kamu menyakitkan hati kami, xcukup lagi ke dengan kata-kata ditambah pula dengan cerita-cerita didarab pula dengan menghantar syaitan-syaitan yang dilaknat tuk melihat kami lebih menderita??? kenapa kamu kenapa???

              Aku tak tahu kenapa begitu kejam kamu pada kami, apa salah kami? jika da salah kami kenapa tidak kamu datang berterus terang? salah ke kami nak merasa secebis kebahagiaan didunia ini, lgipun kami bahagia cara kami sendiri bukan dengan mengacau mahupun meminta-minta kebahgiaan dari kamu semua.

              Ketika kami masih mempunyai ayah kami sering diajar dan dididik agar bersabar dengan dugaan, jangan melawan apa yang orang kata, jangan membalas setiap perbuatan yang dilempar kepada kami, kerana ALLAH S.W.T itu lebih berkuasa dan sentiasa bersama dengan kite orang-orang yang bersabar,

              Tapi itu dulu tatkala begitu banyak dugaan yang datang tambahan pula tanpa tempat bergantung aku telah hilang kesabaran, aku telah hilang rasa hormat, aku telah hilang sikap mudah memaafkan, setiap apa yang kamu kamu lakukan pada keluarga kami tidak satu pun aku redhai, kau cuba bermain api, api yang dulu hanya sekecil percikan api yang dulu tidak kelihatan,

              Aku tahu disaat ini kamu masih lagi tidak berpuas hati lagi melihat kami menderita kerana matlamat kamu mahu kami menderita sampai mati, sebab itu kamu tidak putus-putus menghancurkan kebahgiaan yang kami cuba bina sendiri,

              Tidak mengapalah kamu, kamu menyakitkan kami kami akan cube mengubati, kamu ada kuasa syaitan kamu kami ada pelindung dari ALLAH S.W.T, kamu ada harta dunia, kami ada ALLAH S.W.T, kamu bahgia memusnahkan kebhagiaan kami, kami bahgia kerana ALLAH S.W.T, kamu berdoa untuk kesengsaraan kami, kami doakan kebahgiaan kami, kamu mahu melihat kami mati, kami mati kerana ALLAH S.W.T.


YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI CUBAAN-CUBAAN UNTUK MEMECAH BELAHKAN KAMI, CUBAAN-CUBAAN UNTUK MENGHANCURKAN KAN KAMI SAMAADA SECARA LISAN MAHUPUN SECARA HALUS...

TRIMA KASIH BANYAK KAMU KAMU KAMUUUUU!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 7, 2013

enam september..

as salam..

JUMAAT = JUMAAT
6 SEPTEMBER 1991 = 6 SEPTEMBER 2013
12.41 = 12.41

             6 september datang lagi, tahun ni tahun yang ke22 aku tinggal di dunia yang sementara ini, ape yang istimewa bagi aku tahun ni ialah ia juga jatuh pada hari jumaat, pendahulu hari dalam seminggu dan jua hari sama aku dilahirkan didunia ini.

            sebenarnya banyak benda yang nak diconteng tuk entry ni, tapi mood pulak tak ade, pegi mane tah

spoii angin sungguh...huhu

setakat ni jela, bye2





Wednesday, September 4, 2013

kesilapan aku...

as salam

             Kembali aku dengan penuh kekusutan, kekusutan yang telah aku cipta kan sendiri, entah apa yang sebenarnya yang aku fikirkan, entah bagaimana lagi nak aku ungkai kan satu persatu.

             Aku buntu sebenarnya, kadang kala aku terfikir macam mane nak puas kan hati orang, macam mane nak jaga hati orang, macam mane nak hargai orang disekeliling aku.. sebetulnya aku amat menyayangi kamu-kamu yang sudi mendekati aku, sudi bersahabat dengan aku tapi aku tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang aku, penghargaan aku pada kamu semua.

             Aku tahu dalam setiap bait-bait kata dariku, dalam setiap tingkah laku ku pasti ade yang tidak menyenangkan mahupun yang boleh menyinggung perasaan kamu semua, maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri aku sehingga kamu semua menjadi mangsa, aku akui akan khilafku...

            Aku sedar dan aku akui, kalau sekali orang boleh maafkan tapi bila dah berkali-kali pasti orang dah naik muak, jemu+bosan dengan aku, kalau aku pun akan rase benda yang sama, bila dah sampai tahap ni mesti orang akan angkat kaki atau dengan erti kata lain menjauhkan diri... yela sabar orang ade had nya bile dah lebih untuk apa lagi masih disini, buat sakit hati je kan...

            Bila dah sampai tahap macam ni apa lagi yang aku boleh buat?? mintak maaf??mungkin tiada maaf bagi ku lagi.. baru nak sedar dari kesilapan??dah terlambat nasi dah jadi bubur pun.. nak menyesal tiada guna apa yang boleh aku buat hanya lah terima semua ni dengan hati terbuka dengan keredhaan kerna ini berpunca dariku sendiri, tak perlu nak marahkan orang lain jika ia nak jauhkan diri dari aku,

             Tapi xmengapalah aku pun xboleh nak paksa orang tuk berkawan dengan aku, xboleh nak paksa orang terima perangai aku, xboleh nak paksa orang terima kekurangan aku, xboleh paksa orang terima aku seadanya, xboleh paksa orang tuk pergi...apa yang aku boleh ialah berdoa semoga kamu senantiasa berada dalam keadaan baik, bahagia, disamping kawan yang lebih memahami kamu semua, apa yang boleh aku buat lagi ialah berterima kasih kerana sekurang-kurngnya kamu sudi bersahabat sudi bersuka duka bersama ku, sudi mewarnai kehidupan seharian aku...

              Menjadi hukum karma setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati, sebab itulah aku terima hakikat jika kamu sahabat ku pergi/jauhkan diri dariku, aku xkan menghalang biala kenangan menjadi saksi yang kite pernah berkawan...

              Pesan ku sahabat aku xkan putuskan ukhuwah yang terjalin, walaupun aku tahu amat sukar untuk kembali sediakala tapi jika 1 hari nanti kamu memerlukan seseorang tuk melepaskan marah/sedih/sunyi/gembira ketahuilah aku masih disini dan akan kekal disini...