Wednesday, September 4, 2013

kesilapan aku...

as salam

             Kembali aku dengan penuh kekusutan, kekusutan yang telah aku cipta kan sendiri, entah apa yang sebenarnya yang aku fikirkan, entah bagaimana lagi nak aku ungkai kan satu persatu.

             Aku buntu sebenarnya, kadang kala aku terfikir macam mane nak puas kan hati orang, macam mane nak jaga hati orang, macam mane nak hargai orang disekeliling aku.. sebetulnya aku amat menyayangi kamu-kamu yang sudi mendekati aku, sudi bersahabat dengan aku tapi aku tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang aku, penghargaan aku pada kamu semua.

             Aku tahu dalam setiap bait-bait kata dariku, dalam setiap tingkah laku ku pasti ade yang tidak menyenangkan mahupun yang boleh menyinggung perasaan kamu semua, maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri aku sehingga kamu semua menjadi mangsa, aku akui akan khilafku...

            Aku sedar dan aku akui, kalau sekali orang boleh maafkan tapi bila dah berkali-kali pasti orang dah naik muak, jemu+bosan dengan aku, kalau aku pun akan rase benda yang sama, bila dah sampai tahap ni mesti orang akan angkat kaki atau dengan erti kata lain menjauhkan diri... yela sabar orang ade had nya bile dah lebih untuk apa lagi masih disini, buat sakit hati je kan...

            Bila dah sampai tahap macam ni apa lagi yang aku boleh buat?? mintak maaf??mungkin tiada maaf bagi ku lagi.. baru nak sedar dari kesilapan??dah terlambat nasi dah jadi bubur pun.. nak menyesal tiada guna apa yang boleh aku buat hanya lah terima semua ni dengan hati terbuka dengan keredhaan kerna ini berpunca dariku sendiri, tak perlu nak marahkan orang lain jika ia nak jauhkan diri dari aku,

             Tapi xmengapalah aku pun xboleh nak paksa orang tuk berkawan dengan aku, xboleh nak paksa orang terima perangai aku, xboleh nak paksa orang terima kekurangan aku, xboleh paksa orang terima aku seadanya, xboleh paksa orang tuk pergi...apa yang aku boleh ialah berdoa semoga kamu senantiasa berada dalam keadaan baik, bahagia, disamping kawan yang lebih memahami kamu semua, apa yang boleh aku buat lagi ialah berterima kasih kerana sekurang-kurngnya kamu sudi bersahabat sudi bersuka duka bersama ku, sudi mewarnai kehidupan seharian aku...

              Menjadi hukum karma setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati, sebab itulah aku terima hakikat jika kamu sahabat ku pergi/jauhkan diri dariku, aku xkan menghalang biala kenangan menjadi saksi yang kite pernah berkawan...

              Pesan ku sahabat aku xkan putuskan ukhuwah yang terjalin, walaupun aku tahu amat sukar untuk kembali sediakala tapi jika 1 hari nanti kamu memerlukan seseorang tuk melepaskan marah/sedih/sunyi/gembira ketahuilah aku masih disini dan akan kekal disini...


0 comments:

Post a Comment