Tuesday, December 24, 2013

Bertukarr!!


Cakkk!!!

           Hahaha, kan dah bertukar design blog aku nih, maklumlah dah lama sangat pakai yang lama tu, aku rasa perlukan perubahan jadi aku cubalah ubah.

           Sebenarnya dah lama nak ubah tapi tak ingat cara dengan function buttom yang tak macam dulu lagi, google + la apa la mengigau aku cari..haha tapi tak berjaya jugak.

           Akhirnya aku ubah dengan template yang dah dia bagi(yang skema tu), walaupun aku tak berapa suka terpaksa la jugak pakai dulu koz nak edit kod html tuh aku dah tak ingat dah…

           Tapi sehari dua ni tetiba lak aku rasa gatal tangan nak cuba lak sekali lagi tuk tukar design ni, sekali tekan haaa dah jadi, fuhhh berbulan-bulan dok cara akhirnya hari ni sekali tekan berjaya, the moral of stories jangan mudah putus asa, dan jangan buat kerja dalam keadaan yang tertekan..hihi

           Walaupun design berubah tapi aweks aku tetap setia menemani aku dan selalu ingatkan aku pasal tarikh(miley cyrus)..haha..koya nih.. yang penting gambar spongebob tu, aku ingat  nak letak Patrick walaupun dia macam bangang sikit tapi dia setia kawan, tapi spongebob pun ok koz kawan baik patrik tu..haha


          Cerita kartun pom banyak pengajaran die, jangan hanya tahu nak gelak-gelak je, dan yang pasti entry-entry dalam ni masih berkaitan dengan aku, yela blog aku kan mestilah pasal aku, my blog my soul my life my rules…(psstt..kadang-kadang ada jugak mengumpat sal orang)wakakakka

Sunday, December 22, 2013

Kawan kahwin, aku kahwin??


As salam,

         Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, memang menjadi pilihan bagi yang sudah sampai jodohnya untuk melangsungkan majlis perkahwinan, dan aku tak terkecuali…..eh aku?? Opp.. kawan-kawan aku laa..(amboi gatal benor doh mu ni yie)..hahaha, tumpang gembira hok kawan je.

          Btw tahniahla pada kawan-kawan aku yang dah sampai jodoh, yang pasti kamu semua dah bersedia dengan tanggungjawab yang lebih besar, dan aku doakan semoga kalian bahagia sampai ke syurga, walaupun tak semua majlis aku dapat datang, yela korang duk jauh ler selatan, utara, aku kirim kan doa yerp.

           Dalam duk pergi-pergi majlis diorang yang terdekat ni(ganu ni la), aku pun tak lari dari kena soal “aku dah,mu bile”…haha, aku?? Ermm, bile ek??..awek pun tadak der…tunggu jela ada jodoh aku, bila sampai masanya aku akan jejaki langkah seperti kamu semua juga.
  
            Itu depan diorang, belakang diorang aku nak kahwin??entahla aku, dulu pernah la jugak rasa nak melangkah ke alam perkahwinan ni, tapi sejak dua menjak ni keinginan tu dah tak ada, hati macam dah tertutup bukan merajuk ataupun cuba nak pertikaikan takdir kerana sering terkandas dalam perhubungan.

            Tetapi setiap kali aku memikirkan soal tanggungjawab, soal nak jaga hati pasangan, soal makan minum, sara hidup dan berbagai soal lagi lah aku jadi urmm amat-amat tak bersedia…

             Kita nak kahwin dengan anak gadis orang, secara automatiknya hubungan tu tidak terhad hanya dengan pasangan sahaja, mak ayah, adik-beradik, sepupu sepapak dan lain-lain semuanya kena ambil kira, bukan senang kita nak jadi ahli baru sesebuah keluarga, silap langkah akan dibenci,dicemuh.

             Tapi yang paling bermain difikiran aku soal agama, sebagai seorang lelaki adalah tanggungjawabnya untuk mengimamkan, mengajar, membentuk keluarga itu dengan acuan agama yang baik, dan aku akui aku bukanla jenis warak, mengaji pun merangkak-merangkak, kalau mengaji pun aku merangkak macam mana aku nak memimpin makmum-makmum ku satu hari nanti.(sini pun fail dah aku)huhu, 

              Lagipun anak lelaki tanggungjawab lebih besar walaupun sudah kahwin mak ayah tetap menjadi keutamaan, antara sebab ini lah aku jadi tak ada perancangan tuk melangkah jauh, biarlah kawan-kawan dulu,,hihi… sekarang fokus aku hanya pada keluarga, aku ingin bahagiakan keluarga aku, walaupun tak semudah diungkap aku akan cuba juga.

              Majlis nikah kahwin ni, tak ada rm10 000 jangan angan..haha, memang aku tak terfikir langsung nak suruh mak aku masuk meminang siapa-siapa buat masa sekarang ni, dengan aku yang tak bekerjaya lagi, dengan keluarga aku sendiri yang masih terumbang ambing ni..

             Ntahla aku tak mengharap untuk berumah tangga, dan aku berserah pada-NYA sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T itu lebih baik.


Silap Kemudi Tenggelam Bahtera Yang Dilayari, 
Silap Langkah Runtuh Masjid Yang Dibina.

Friday, December 20, 2013

giler paler II

hahaha

                Saja-saja wat entry nih bahagi dua, panjang sangat ;P, jom berbalik pada cerita asal yang terpelihara ni.

                Dalam tengah duk claim tu “HR” pula bagitahu yang nama aku hanya dalam senarai stanby, semuanya 50-50 dengar je khabar tuh semangat aku dah down separuh yela passport dah settle, wang dah melabur serba sedikit tup –tup boleh berita gitu pulak, dia pulak tanya bila nak balik ganu, aku cakap ini malam la yela nak duduk lama-lama wat perabih duit jugak, dia pun bagi kunci rumah sewa sementara tunggu malam,

                Ingat dah boleh rehat lah, rupanya tidak kunci diorang bagi tu salah pergi pulak tukar kat ofis boleh tahan jugak lah jauhnya, tukar kali kedua pun salah jugak tapi nasib baik lah staff ofis kebetulan baru nak keluar dari rumah tuh, aku pun lepak-lepak jap n diorang kat bawah pahtu naik atas mandi-mandi, pahtu turun makan,

               Sambil-sambil makan tu aku mesej kawan-kawan yang kerja kat klang kot-kot boleh jupa, tetiba dapat panggilan dari ofis yang diorang dah beli tiket bas dan naik jam 4 petang, perghh….mase tuh pukul 2.40 ptg mana mase aku nak tido nih,(dalam bas tido ayam boleh la), cepat-cepat siap terus pergi klang sentral

               Dalam van duk sembang-sembang dengan incharge aku bagitahu yang nama aku dalam senarai stanby dia cakap mana boleh itu macam koz visa dan passport semua dah buat, ermmm…. HR cakap stanby INCHARGE cakap pergi, aku ntah lah ada rezeki dapat la pergi kan,,huhu

               Incharge aku ni lak jenis palerr bereh walaupun cina, duk sembang- sembang dengan dia, dia cakap aku just datang klang tuk makan angin jela, mana tak nya naik bas malam sapa pagi pahtu naik bas petang sampai malam pulak.. die yang bawak van pun penat asyik nak tido je, aku apatah lagi.

               Sampai klang sentral pulak, pergi kat sani express punya kaunter tiket(kat klang dia asingkan sani express dengan company yang lain, tapi hampeh koz orang ofis pulak tempah tiket kat bangunan sebelah(kaunter tiket campur-campur), berjalan pulak aku ke sana cari tiket, adoii giler palerr terik nih..

              Sebelum incharge aku tinggal aku kat klang sentral tuh, die cakap mesti boleh pergi punya Thailand..hahaha, sempat lagi wat sedap hati tuh, tengah duk tunggu bas pulak ada la guard ni, bas dah sampai aku nak pergi naik dia cakap bas tu sampai kuantan jela,


              Aku lak biar betul guard nih, tunjuk tiket jumpa driver apa semua betul la tu bas ke ganu kita, aishhh pak cik ni kalau la aku dengar cakap dia mau kena tinggal pulak aku kat situ, naik bas kali ni punya lah lama aku rasa drebar ni banyak berhenti, pergi toilet lah ambil orang lah…pot pet pot pet ALHAMDULILLAH, aku dah selamat sampai rumah, biasa klang-Terengganu 8jam tapi ini malam 9jam lebih,hooo hoiiii..
  
        semuanya berserah ada rezeki aku dapat lah pergi...

Gila palerr I

AS SALAM..

                Tak pernah terbayang aku perjalanan ke klang – Terengganu jadi seperti Marang-Terengganu.

                Semuanya bermula bila aku dapat peluang kerja di Thailand, selepas buat passport di bandar ganu aku kena pergi ke ofis aku di klang untuk urusan visa pula,

               Malam semalam jam 10 malam aku naik bas pergi ke klang, sampai sana lebih kurang jam 5.30 pagi, terus call incharge dalam pukul 6 lebih dia sampai dan terus ke pejabat kedutaan thailand sampai dalam pukul 8 setengah, tak jauh mana pun jarak tapi al-maklum lah bandar kill ell nih jem sokmo…

               Sampai sana tunggu ofis buka pulak jam 9.30 pagi, tunggu punya tunggu akhirnya ofis buka punya lah ramai orang berasak-asak nak masuk dulu, yang menariknya ada sorang girl cina ni, mula-mula duk kat tiang kononnya berteduh dari panas, pintu ofis buka je terus menyelinap nak masuk, ada mat saleh tu pula pergi pukul girl cina tu n dia punya buku, girl cina buat tak taw je..haha

                Adoii macam-macam aku ingat habis situ jela rupa nya tidak, masa no giliran girl tu dipanggil mat saleh tu cepat-cepat pergi kat kaunter dan mengadu yang girl tuh dh potong “Q”, tapi orang kaunter nya buat tak endah je yela orang ramai mesti banyak kerenahnya, tapi mat saleh tu tetap tak putus asa di blebe nya girl tuh, hahaha.

               Dalam ofis kedutaan tu aku rasa dah macam duk lam kamus, yela berbagai bahasa aku dengar..huhu , tapi awek Thailand yang jaga kaunter tu memang cute miut, chomel der..huhu

               Dah-dah berbalik ke tujuan aku yang sebenar, akhirnya permohonan kami untuk dapatkan visa tu ditolak hanya kerana surat original tak bawa, incharge aku nak pergi ambil kat ofis dia memang tak lah, yela jalan jem ler lagipun untuk urusan visa hanya sekerat hari dibuka, kami diberitahu yang hanya incharge saja yang perlu datang esok nya, jadi kami balik ofis dulu dan “settle claim mengelaim”,

                                      ..........................................................

                

Monday, December 9, 2013

Kenapalah begini


                 Hari demi hari, cubaan demi cubaan aku lalui aku tempuhi dengan redha dan sabar dan kadang kala berselang seli dengan rasa yang amat kecewa,

                 Bukan aku ingin berputus asa dengan dugaan yang ALLAH S.W.T bagi ini, tapi aku tak kuat aku dah tak sanggup selalu gagal, sering kali terfikir sampai bila nak begini, gagal dicerca diperli disindir,

                 Bukan aku tak pernah cuba tapi pengakhirannya tetap sama, aku akan kecundang jua tak kira apa saja yang aku cuba lakukan, ALLAHUAKBAR kenapa la smpai begini aku di duga??

                 YA ALLAH, memang aku akui aku cemburu dengan kejayaan orang lain, sering kali kejayaan mereka menghantuiku, aku jua nak hidup seperti mereka yang bahagia dengan kejayaan mereka,
  
                 Aku masih tak faham apa yang sebenarnya majikan nak sebenarnya, jika dulu aku hanya berkelulusan SPM, aku cuba minta kerja dikatanya sekurang-kurangnya diploma, tapi sekarang aku dah ada diploma bila minta kerja dikatanya pula hanya untuk SPM,

                 Urmm, bile aku cakap aku tak kisah jika diterima hanya atas tiket SPM dikatanya pula rugilah diploma awak, awak belajar bertahun-tahun, buat pinjaman sana sini, urmm, ada SPM pun susah ada DIPLOMA lagi lah menyusahkan,ni belum lagi ada ijazah or whatever lah yang lebih tinggi!!!


                Adakah apa yang aku buat ni silap strategi? Adakah setiap apa yang aku buat hanya akan sia-sia akhirnya?? Kenapa susah sangat aku nak berjaya macam orang lain ni???

               Selepas gagal dan gagal dan gagal, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, urmmmm

Saturday, November 23, 2013

SaLah faHam

As Salam,

               Sering terjadi dalam hidup kan, salah faham yang direncanakan mahupun yang datang secara tidak langsung, semuanya ada pro dan kontra nya.

               Aku tak nak meleret-leret semata-mata nak nampak entry kali ni lebih panjang, terus saja ke point nya, salah faham yang sering terjadi dalam hidup aku.

              Aku akui aku bukan la jenis ramai kawan lelaki apatah lagi kawan perempuan, yang sering menjadi salah faham nya bila ade seseorang perempuan yang rapat dengan ku, bile orang lain tengok automatik akan di cop awek aku, yela tak pernah tengok aku keluar dengan perempuan tup-tup tertengok mesti la apa yg terfikirnya aku dah ada makwe..haha, macam-macam sungguhla tanggapan manusia ni..huhu

              Bile dah di cop begitu aku terang macam mana sekalipun die tak kan percaya,,Kasihan plop kawan perempuan aku tuh, tak pasal-pasal jadi mangsa,,huhu so sorry la frenz biarla diorang nak anggap kite ape pun yg pasti kita tahu kebenarannya kita setakat mana kan..huhu


              Mulut org kite tak boleh tutup, kite hanya berdoa jela moga-moga apa yang diperkatakan itu tidak akan jadi kenyataan.. J

Doa & HArapan

AS SALAM

               Sehingga ari ini aku masih gagal untuk memiliki menduduki hati seseorang, kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih, pelbagai cara aku dah buat untuk merasai apa yang pernah korang rasa sehingga akhirnya memakan diri sendiri,

               Setiap orang lain caranya, begitulah kesilapan aku dalam menilai wanita, tapi aku tak nak kenangkan lagi yang lepas biarlah ia menjadi pengajaran buat diri ku sendiri, sehubungan dengan itu juga aku berasa cukuplah aku mencuba cukuplah setakat ini, kerna yang aku dapat hanya sebaliknya,

              Buat perempuan kat luar sana, aku berharap sama-sama lah berdoa semoga kamu tidak dijodohkan dengan sigemuk ini, aku berharap agar kamu tidak menjadi pemilik kepada si buncit ini, berdoalah semoga kamu tidak jatuh hati dengan si dungu ni,

             Harapan aku semoga kamu tidak menyayangi insan yang nebeng/poyo ini, berdoalah semoga kamu tidak mengenali diriku ini dengan lebih dalam kerna yang kamu dapat hanya kekecewaan,

             Dan yang paling aku harapkan dan akan doakan yang terbaik buat kamu semua, semoga berbahagia disamping insan yang tersayang, semoga kamu dijodohkan dengan orang yang baik budi pekertinya, semoga kamu memiliki seorang lelaki yang beriman dan mampu memimpin kamu hingga ke syurga,


Amiin3…

Di BencI


as salam

             Seperti mana timbulnya perasaan membenci begitu jugalah timbul nya perasaan dibenci.

             Jika kita boleh mmbenci orang lain, mereka juga boleh membenci kita jangan marah akan mereka tetapi terima lah lumrah kehidupan ini ada pro & kontra nya.

             Kebiasaanya perasaan dibenci ini mudah terbit dari hati kita hanya kerana kita tidak boleh menerima kekurangan orang lain, selalu mengkritik pendapat orang lain, dengan ego yang tinggi, begitu juga aku aku tahu ada yang membenci aku tatkala dengan perangai aku, sikap panas baran aku,

             Pada yang rapat dengan aku, mesti tahu aku macam mana, buat adik-adik ku, aku tahu siapa yang suka dimarah diherdik di pukul kan, niat aku cuba jadi abang yang baik walaupun aku tahu aku bukan lah yang terbaik, ketahuilah apa yang aku buat demi kamu semua aku tak nak pisang berbuah dua kali, aku bukan nak jadi seperti 'ketam mengajar anak nya berjalan' dengan betul tapi aku tak nak adik-adik aku ikut kegagalan aku, biarlah pengalaman menyedarkan aku untuk menegur mana silap kamu semua, aku tahu sikap aku yang kadang-kadang terlalu mengawal tingkah laku kamu semua buatkan kamu semua rimas dengan aku, dan yang pasti timbul perasaan benci dalam diri kamu terhadap aku, aku tak kisah sangat biarlah aku dibenci, biarlah segala pengorbanan aku kamu tidak nampak, yang penting kamu semua berjaya dan menjadi manusia yang boleh berbakti pada mak ayah kita,

             Buat teman-teman aku mesti ada yang tersinggung dengan tingkah laku aku, yela kadang-kadang aku akui aku bergurau melebihi had, huhu… aku tahu ada kalangan teman-teman ku ini yang melayan aku sekadar nak jaga hati aku, terima kasih banyak yer.. pada yang ikhlas berkawan dengan aku dan boleh menerima sikap aku ni, aku tak tahu macam mana nak berterima kasih pada kamu semua, yang pasti hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.. andai satu hari nanti kamu mula mengangkat kaki, mula menjauhi aku, aku redha kerna manusia mana yang sanggup nak hadap manusia mcm aku ni lama-lama..huhu

             Apa yang pasti walau mcam mana pun benci kamu semua pada aku, aku tetap akan menyayangi kamu semua kerna benci kamu kerna kesilapan aku sendiri tak pandai nak menghargai kamu semua, aku cuba buat kamu semua ketawa paling tidak pun buat kamu tersenyum tapi jika aku gagal malah lebih mmbuatkan kamu menyampah, maafkan aku semua yeee..

#kata orang jangan terlalu membenci takut tersayang pula...hahaha(sempat lagi koya)

Monday, October 21, 2013

KOSONG KOSONG


As salam,

              Kosong kosong, inilah antara bait-bait lagu si najwa latif.. kerja kosong yang aku cari selama ini tetapi kosong yang lain yang aku dapat, betapa sekarang aku rasa kosong dari semua sudut sama ada hati, jiwa, paru-paru dan sebagainya..huhu, hanya satu yang masih tidak kosong padaku iaitu fikiran aku,           

              Betapa sekarang aku bercelaru memikirkan apa sebenarnya yang aku mahu, apa sebenarnya yang kamu mahu, apa sebenarnya orang-orang sekelilingku mahu…puas aku fikirkan tidak cukup memikirkan kemahuan sendiri aku dengan bangangnya juga memikirkan tentang kemahuan orang lain, bangang ke jika aku memikirkan kemahuan orng lain??

              Sebenarnya tanpa kita sedari kita lebih memikirkan orang lain berbanding diri sendiri, kita berusaha sedaya mungkin untuk memuaskan hati semua orang, kita cuba lakukan yang terbaik untuk mengbahagiakan orang lain… tapi untuk diri sendiri ada ke kita fikir macam mana nak buat benda ni semua untuk diri sendiri??

              Seperti mana yang terjadi apa diriku sekarang, bukan aku tidak mahu memikirkan pasal diri aku, tetapi setiap yang aku lakukan mesti persoalan yang akan timbul berkait rapat dengan soal hati orang lain, boleh ke macam ni? Boleh ke aku buat begitu? Semuanya nak kena jaga hati orang lain…


              Sebut pasal jaga hati ni lah buatkn aku semakin kosong, mana tak nya semakin dijaga hati orang lain semakin aku rasa bersalah, sentiasa memikirkan apa lagi yang terbaik untuk aku jaga hati orang, bukan mudah nak puahkan hati orang lagi-lagi yang kita sayang, sentiasa memikirkan cara yang paling patut buat,

              Tadi tengah banyak-banyak idea tetiba jadi kosong, habis berterabur ayat-ayat untuk aku coretkan disini, tak mengapalah sekarang aku cuba fokuskan diri sendiri dan keluarga, sebelum aku berkeluarga sendiri, sebelum ajal menjemputku.

              Pada yang ada baca blog aku selama ni, sedar ke tidak yang entry-entry aku update sebenarnya kosong memang bertulis tapi pengisian nya tiada yang mampu membantu...huhu

             

Sunday, October 20, 2013

Membenci


AS SALAM

                Membenci salah satu sifat/perasaan yang ada dalam diri kita, perasaan ini datang ataupun timbul tanpa kita sedari.. manusia mana yang tidak pernah ada persaan benci?? Kalau ada aku memang respek abis kat dia nih..huhu

                 Seperti mana orang lain, aku jua ada perasaan yang sememangnya tidak baik ini perasaan yang akan memecah belahkan kita sesama sendiri, apakan daya jika boleh aku tidak mahu ada walau sdikit pun perasaan ini timbul dalam diri aku,

                Aku mula membenci seseorang bukan kerana cinta tetapi perasaan ini mula timbul apabila aku boleh berfikir secara matang, aku mula ada perasaan dendam pada dia kerana keluarga aku telah dipermainkan oleh nya, aku memang membncinya kerana telah mengkhianati kami sekelurga setelah apa yang kami bantu selama ini dibalas dengan kejam, dibalas dengan cara halus.

                Mengenangkan apa yang telah dia lakukan pada keluarga aku, aku tak kan memaafkan nya sampai mati, walaupun mak dan arwah ayah aku tak pernah berdendam dan selalu menasihati aku, tapi aku tak sekuat mereka, anak mana yang sanggup tengok mak ayah kena perbuatan orang, habis musnah perniagaan kami, habis duit tatkala mencari penawar dek perbuatan manusia yang mendapat bantuan syaitan…

                Sekali aku membenci selamanya aku akan membnci, buatlah baik setara mana sekalipun aku xkan berganjak, kerna kau permainkan keluarga aku bukan aku, aku memang pantang ada orang cuba-cuba untuk permainkan keluarga aku, aku sanggup mati kerna keluarga aku..


                Aku boleh bersabar masih boleh bertolenrasi jika hanya melibatkan diri aku sahaja, tapi bila melibatkan keluarga aku, sorry to say no compromise not tolerancy just dendam dan perasaan benci aku sahaja untuk kamu yang cuba-cuba menjolok sarang tebuan..

Friday, October 18, 2013

KeRTaS


as salam,

               Apa yang boleh dibuat dengan sehelai kertas bersaiz A4 yang kosong? Jika zaman sekolah bolehla kita coret-coretkan dengan macam-macam imaginasi, atau sekurang-sekurangnya kita buat jet atau kapal kertas, tapi walau apapun yang dicoretkan ia tidak mengambarkan masa depan kita.

              Itu zaman sekolah zaman kita mula mahu mengenali dunia persekitaran kita, dunia yang penuh warna warni kegembiraan, suka duka bersama teman sekolah.
Bila usia dh menginjak 20-an, inilah detik permulaan kita untuk mengenali apa sebenarnya yang berlaku didunia ini, jika dulu sehelai kertas kosong bersaiz A4 tiada apa yang menarik untuk kita corakkan, tapi sekarang dengan kertas bersaiz A4 yang tebal sikit, yang diatas tertera sekurang-kurangnya perkataan diploma mahupun degree ianya akan membezakan kedudukan kita dikalangan masyarakat.

             Kenapa ini berlaku? Mungkin zaman kita belajar perbezaan ini tidak nampak begitu ketara tetapi bile masuk alam pekerjaan, inilah realiti yang akan membezakan kita,membezakan kedudukan kita pada mata masyarakat. Betapa kita menyanjung tinggi pada mereka yang berpelajaran tinggi dan betapa kita hanya memandang rendah akan keupayaan seseorang yang lemah akademik…

                 Ketika ini sekeping kertas yang tertulis diploma adalah sekurang-sekurangnya syarat untuk memohon pekerjaan, cubalah lihat betapa sekeping kertas mampu mengubah kehidupan kita samaada secara langsung ataupun tidak. Cubalah pandang dengan mata hati betapa sekeping kertas ini sudah membuatkan kita membezakan satu sama lain, membuatkan kita rasa bongkak atau dengan kata lain sombong dengan sekeping kertas yang digulung.


                 Lupakah kita yang sebenarnya tanpa izin dari-Nya dengan sekeping kertas yang tertera perkataan PHD sekalipun jika sudah tertulis bukan rezeki kita, ianya tetap bukan rezeki kita, sedarlah wahai semua tanpa sekeping kertas yang mahal itu pun kita boleh berjaya dengan pertolongan dari ALLAH S.W.T, jangan la terlalu bongkak dengan segulung kertas yang kamu miliki, ketahuilah jika ALLAH S.W.T ingin menarik balik kelebihan kamu itu, tiada apa yang mampu menghalangnya..
      
           

Tuesday, October 8, 2013

DiduGa lAgi

                 

                  Pagi tadi aku melangkah pergi mencuba nasib diri, mencari peluang pekerjaan yang boleh membuatkan aku membantu keluarga aku ini, aku melangkah dengan penuh yakin kerana keyakinan itu yang menguatkan semangat aku untuk menempuh perjalanan ini seorang diri..

                  Setelah sampai ke destinasi begitu ramai yang hadir membuatkan aku berbelah bagi, yelah yang datang bukan sebarangan tapi aku teruskan jua kerana aku pegang satu pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".. tambahan pula aku mengenangkan nasib keluarga aku, aku ingin mengubah nasib kami, dengan bantuan tulang empat keratku ini.

                  Setelah mengetahui saringan kedua aku gagal aku dah mula rasa down, tapi aku cuba company lain pula. aku datang sana bukan semata-mata interview company itu sahaja, aku cuba mengatur pertemuan dengan orang kampungku(kabel sikit), malangnya gagal ditambah lagi dikatakan tidak sesuai dengan aku..

                  Tidak cukup dengan itu kesabaran aku diduga lagi, diduga dengan sikap manusia yang hanya berpangkat sikit, bukan nak memperkecilkan dia tapi sikapnya yang buat aku hilang rasa hormat pada nya, tatkala aku hanya bertanya macam mana cara nak ambik sijil dan diploma aku, aku di layan dengan kasar, diherdik sesuatu yang boleh buat orang hilang kesabaran...

                  Adoiii, "sudah jatuh ditimpa tangga", niat dihati nak "menyelam sambil minum air, sekali menyelam tak timbul-timbul"...

                  Apalah malang sangat nasib aku ni, setiap kali aku cuba mengapai sesuatu mesti akan jatuh tersungkur, apa lagi yang tak kena, badi ke? tak boleh ke aku berjaya macam orang lain? tak boleh ke aku mengapai cita-cita aku seperti mana mereka yang lain mengapai cita-cita masing-masing dengan mudah.

                   Dalam perjalanan aku mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini, mengenangkan nasib diri, mengenangkan keluarga dirumah, mengenangkan berita akan kegagalan aku lagi.. mengenangkan kata-kata sinis yang sering dillemparkan kepada aku, entah bile akan dapat aku sampaikan berita gembira... entah bile aku dapat tutup mulut pengkritik bebas yang tak diundang itu.

                   Apa yang berlaku hari ini membuatkan semangat aku semakin luntur, membuatkan aku tiada semangat untuk meletakkan sasaran, aku kini tiada lagi cita-cita...


Sunday, September 29, 2013

Apa salah kami???

         Kenapa perlu kacau kebahagiaan kami??

           Lumrah manusia memang tak senang bile tengok orang senang,  aku cukup hairan apa lagi yang kamu mahukan dari kami?? kami bukan orang kaya, kami bukan golongan VVIP, mahupun orang berada, kami hanya golongan biasa-biasa kami cuba hidup berdikari setelah diuji dengan kematian ketua keluarga kami,
kami cuba berdiri sendiri menempuh dugaan dunia tanpa mengharap belas kasihan, tanpa mengharap bantuan dari kamu kamu kamu dan kamu...

            Disaat kami sedang bertatih untuk meneruskan kehidupan ini, dengan senang kamu datang dan menolak kami, kenapa kamu?kenapa? mungkin kami sihina simiskin ini wajar diperlakukan begitu tapi sedarkah kamu yang kami juga insan biasa seperti kamu, yang membezakan hanya harta dunia kamu itu.

             Tidak cukup dengan itu kamu kamu n kamu menyakitkan hati kami, xcukup lagi ke dengan kata-kata ditambah pula dengan cerita-cerita didarab pula dengan menghantar syaitan-syaitan yang dilaknat tuk melihat kami lebih menderita??? kenapa kamu kenapa???

              Aku tak tahu kenapa begitu kejam kamu pada kami, apa salah kami? jika da salah kami kenapa tidak kamu datang berterus terang? salah ke kami nak merasa secebis kebahagiaan didunia ini, lgipun kami bahagia cara kami sendiri bukan dengan mengacau mahupun meminta-minta kebahgiaan dari kamu semua.

              Ketika kami masih mempunyai ayah kami sering diajar dan dididik agar bersabar dengan dugaan, jangan melawan apa yang orang kata, jangan membalas setiap perbuatan yang dilempar kepada kami, kerana ALLAH S.W.T itu lebih berkuasa dan sentiasa bersama dengan kite orang-orang yang bersabar,

              Tapi itu dulu tatkala begitu banyak dugaan yang datang tambahan pula tanpa tempat bergantung aku telah hilang kesabaran, aku telah hilang rasa hormat, aku telah hilang sikap mudah memaafkan, setiap apa yang kamu kamu lakukan pada keluarga kami tidak satu pun aku redhai, kau cuba bermain api, api yang dulu hanya sekecil percikan api yang dulu tidak kelihatan,

              Aku tahu disaat ini kamu masih lagi tidak berpuas hati lagi melihat kami menderita kerana matlamat kamu mahu kami menderita sampai mati, sebab itu kamu tidak putus-putus menghancurkan kebahgiaan yang kami cuba bina sendiri,

              Tidak mengapalah kamu, kamu menyakitkan kami kami akan cube mengubati, kamu ada kuasa syaitan kamu kami ada pelindung dari ALLAH S.W.T, kamu ada harta dunia, kami ada ALLAH S.W.T, kamu bahgia memusnahkan kebhagiaan kami, kami bahgia kerana ALLAH S.W.T, kamu berdoa untuk kesengsaraan kami, kami doakan kebahgiaan kami, kamu mahu melihat kami mati, kami mati kerana ALLAH S.W.T.


YA ALLAH LINDUNGILAH KAMI DARI CUBAAN-CUBAAN UNTUK MEMECAH BELAHKAN KAMI, CUBAAN-CUBAAN UNTUK MENGHANCURKAN KAN KAMI SAMAADA SECARA LISAN MAHUPUN SECARA HALUS...

TRIMA KASIH BANYAK KAMU KAMU KAMUUUUU!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, September 7, 2013

enam september..

as salam..

JUMAAT = JUMAAT
6 SEPTEMBER 1991 = 6 SEPTEMBER 2013
12.41 = 12.41

             6 september datang lagi, tahun ni tahun yang ke22 aku tinggal di dunia yang sementara ini, ape yang istimewa bagi aku tahun ni ialah ia juga jatuh pada hari jumaat, pendahulu hari dalam seminggu dan jua hari sama aku dilahirkan didunia ini.

            sebenarnya banyak benda yang nak diconteng tuk entry ni, tapi mood pulak tak ade, pegi mane tah

spoii angin sungguh...huhu

setakat ni jela, bye2





Wednesday, September 4, 2013

kesilapan aku...

as salam

             Kembali aku dengan penuh kekusutan, kekusutan yang telah aku cipta kan sendiri, entah apa yang sebenarnya yang aku fikirkan, entah bagaimana lagi nak aku ungkai kan satu persatu.

             Aku buntu sebenarnya, kadang kala aku terfikir macam mane nak puas kan hati orang, macam mane nak jaga hati orang, macam mane nak hargai orang disekeliling aku.. sebetulnya aku amat menyayangi kamu-kamu yang sudi mendekati aku, sudi bersahabat dengan aku tapi aku tak tahu macam mana nak tunjukkan sayang aku, penghargaan aku pada kamu semua.

             Aku tahu dalam setiap bait-bait kata dariku, dalam setiap tingkah laku ku pasti ade yang tidak menyenangkan mahupun yang boleh menyinggung perasaan kamu semua, maafkan aku kerana terlalu mementingkan diri aku sehingga kamu semua menjadi mangsa, aku akui akan khilafku...

            Aku sedar dan aku akui, kalau sekali orang boleh maafkan tapi bila dah berkali-kali pasti orang dah naik muak, jemu+bosan dengan aku, kalau aku pun akan rase benda yang sama, bila dah sampai tahap ni mesti orang akan angkat kaki atau dengan erti kata lain menjauhkan diri... yela sabar orang ade had nya bile dah lebih untuk apa lagi masih disini, buat sakit hati je kan...

            Bila dah sampai tahap macam ni apa lagi yang aku boleh buat?? mintak maaf??mungkin tiada maaf bagi ku lagi.. baru nak sedar dari kesilapan??dah terlambat nasi dah jadi bubur pun.. nak menyesal tiada guna apa yang boleh aku buat hanya lah terima semua ni dengan hati terbuka dengan keredhaan kerna ini berpunca dariku sendiri, tak perlu nak marahkan orang lain jika ia nak jauhkan diri dari aku,

             Tapi xmengapalah aku pun xboleh nak paksa orang tuk berkawan dengan aku, xboleh nak paksa orang terima perangai aku, xboleh nak paksa orang terima kekurangan aku, xboleh paksa orang terima aku seadanya, xboleh paksa orang tuk pergi...apa yang aku boleh ialah berdoa semoga kamu senantiasa berada dalam keadaan baik, bahagia, disamping kawan yang lebih memahami kamu semua, apa yang boleh aku buat lagi ialah berterima kasih kerana sekurang-kurngnya kamu sudi bersahabat sudi bersuka duka bersama ku, sudi mewarnai kehidupan seharian aku...

              Menjadi hukum karma setiap yang datang akan pergi, setiap yang hidup akan mati, sebab itulah aku terima hakikat jika kamu sahabat ku pergi/jauhkan diri dariku, aku xkan menghalang biala kenangan menjadi saksi yang kite pernah berkawan...

              Pesan ku sahabat aku xkan putuskan ukhuwah yang terjalin, walaupun aku tahu amat sukar untuk kembali sediakala tapi jika 1 hari nanti kamu memerlukan seseorang tuk melepaskan marah/sedih/sunyi/gembira ketahuilah aku masih disini dan akan kekal disini...


Saturday, August 24, 2013

kecewa lagi


as salam,

          Kembali lagi aku ke alam maya ini dengan rase kecewa dan bertambah kecewa, tapi kali ni bukan kecewa koz cinta ditolak mahupun yang seangkatan dengannya. ini berkaitan masa depan aku...huhu, dan tatkala sedang aku menyiapkan entry kali ini aku menghiburkan diri dengan lagu tegar "aku yang dulu bukan yang sekarang", malang nya aku tetap yang dulu sama saja tak ade yang berubah..

          Dah hampir dua tahun aku habis diploma, perancangan awal abis diploma terus mengecapi cita-cita yang aku impikan, boleh bantu keluarga serba sikit tapi tidak semudah yang disangka kerana zaman sekarang beratus-ratus ribu yang mengganggur malah lebih malang terpaksa bersaing dengan warga asing...

           Dah bermacam kerja aku buat walaupun tak ade kaitan dengan apa yang aku belajar namun aku masih dapat belajar sesuatu yang baru dan dalam mase yang sama aku masih mencari-cari kerja yang menjamin masa depan aku, dah ku cuba sana sini, fon sini sana, pergi situ sini tapi masih tak ade peluang untuk aku,

            Ade yang memberi nasihat kite kene follow up dengan company yang kite minta tu, dan aku ikut cara tu 2,3 compny jugaklah,, salah satu company tu aku minta kerja dan follow up die dari tahun lepas lagi, setiap minggu tak pun dalam sebulan pasti aku akan telefon die tuk menanyakan status permohonan aku, sampaikan cik/puan yang bahagian angkat fon tu dah kenal nama aku,,hahaha(mungkin dah naik bosan dengan aku) lantaklah janji aku bersungguh-sungguh nak kan kerja tu...

             Akhirnya panggilan yang ditunggu-tunggu dari company tu datang jua pada aku, tengok sahaja no fon company tuh aku dah terasa happy giler mau tak rase camtu dari tahun lepas asyik aku fon die xpenah die fon aku..haha.. jawab je fon tiba-tiba tanya aku ade bagi resume ke company tu?bahagian apa?, dengan penuh bersemangat waja(xdang suprima)hihi, aku jawab segala persoalan yang dilontarkan,

             Akhirnya die cakap sekarang ade kekosongan bahagian ofis dan bile ditanya skop kerja dia pulak yang tergagap-gagap nak terang last-last janji akan fon semula tapi aku yang fon semula dan cakap dengan HR yang slalu aku berhubung, lantas aku bertanyakan status permohonan jawatan yang aku pohon sebelum ni, die dengan senang lenang jawab dah ade orang yang isi jawatan tu dan akan masuk hujung bulan ni, dan law aku nak next year boleh cuba lagi..NEXT YEAR!!!!! ALLAHUAKBAR betapa aku mase tu rase down giler, next year pom lom tentu aku dapat tuh...

            HR bahagian ofis lak senyap ke sudah tak ada nak fon pun ditambah pulak dengan company-company lain yang masih membisu dengan permohonan aku, bukan aku memilih kerja tapi majikan yang memilih pekerja dan aku tak marahkan majikan-majikan koz kite sendiri akan memilih yang terbaik untuk kite kan, mungkin aku belum terbaik untuk mereka semua.

            Sekali lagi punoh la segala perancangan aku tapi aku tak lah teruskan rase down aku ni koz aku percaya ade hikmah dengan semua ini dan ALLAH S.W.T sajalah yang maha mengetahui dan segala yang dirancang untuk kita itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya....
         
             Zaman sekarang tak dinafikan kena ade orang dalam(kabel) baru mudah boleh kerja dan aku jua pernah gunakan cara ni tapi masih tak ade juga(tak tahula ye tolong ke x), namun aku sedar walaupun dah pakai kabel hok bapok besor skali pom, kalu dah ditakdir bukan rezeki aku kat situ tak akan ade jugak.

             Sapa saat ni aku msih mencari semoga dipermudahkan segalanya bagi aku, IN SHAA ALLAH dan kite haruslah selalu mengingati bahawa kite hanya mampu merancang tapi ALLAH S.W.T sahaja yang mampu tentukan yang terbaik dengan kite...


Monday, August 19, 2013

k!s@h c!nt@

         
          lama sudah aku tak buat essay dalam nih, bukan apa aku sibuk, busy, semua ade yang xde hanya mse koz aku memang xde mase lah..huhu

          kalau aku tanya sal CINTA aku pasti begitu banyak akan timbul jawapannya, yelah kite kan dikurniakan hati, perasaan kan, dan masing2 pasti pernah rase macam mane rase bile dipermainkan, rase macam mana bila dapat tahu yang kite hanya syok sendiri dan macam2 lagi lah..

           setakat umur aku sekarang aku hanya pernah jatuh cinta pada 3 orang, first zaman SEKOLAH, second zaman belajar IPT, third zaman LONI... ketiga~tiga orang ni xpernah terlintas dihati aku nak permainkan diorang, aku berharap ia berakhir dengan kegembiraan lah tapi itulah semuanya bukan jodoh aku kowt,

            sebenarnya jika diteliti ianya bukan lah boleh dianggap sebagai kapel, mana tak nya hanya aku je yang sebenarnya yang melebih, senang crite syok sdiri/bertepuk sebelah tangan... huk huk, mungkin silap aku kerana tersalah taksir dengan keramahan/kebaikan/sifat ambik berat pada aku... tapi xdela aku anggap terus gitu aku tanya jugak perasaan masing2 dulu, memang ade rasa sayang tapi xdapat lupakan first love diorang, aku xpaksa diorang lupakan kenangan terindah diorang sebelum kehadiran aku, cukup hanya terima kenyataan yang berlalu xkan kembali dan cubalah bukakan hati tuk insan lain(aku).

           betul lah hati orang kite xleyh nak paksa, akhirnye masing2 memberi alasan dah ade yang lain, nak fokus pada study dulu, masih sayang yang dulu, apa lagi yang boleh aku katekan hanya menerima sahaja hakikat yang aku mungkin xade jodoh dengan diorang ni, aku cakap "mungkin" tu bukan aku mengharap dia kembali mahupun bukakan hatinya tuk aku, tapi hnya kerana masa depan kite xtahu apa yang terjadi sebab tu aku kata "mungkin" bukan jodoh aku...

            salah satu dari diorang ni nak fokus pada stady dulu katanya, last2 dia diam seribu bahasa selepas setahun lebih terdetik dihati aku nak stalker fb die, mmg xade apa yang menarik tibe2 ade satu pic yang menceritakan segalanya, aku pun dh lama xambik tahu pasal die, die dah abis stdy ke apa ke, adakah betul mase kami berkwan dulu die betul2 nak fokus stdy ataupun hanya nak menjaga hati aku agar xterluka jika ia berterus terang menolak aku...entahlah itu hanya ALLAH S.W.T yang tahu..

           apa lagi yang boleh aku katakan, nak memiliki hati seseorang sepenuhnya bukan mudah seperti "abcd", beruntunglah lelaki yang pernah muncul dalam hidup mereka yang menjadi first love mereka, kerana walaupun dah xberhubung bertahun, dah lenyap didepan mata tapi hati dan perasaan wanita2 ini masih milik die... dan aku kini seperti ini lah, hanya berkawan hanya berteman, xde yang sudi nak berkasih namun aku bersyukur kerana sekurang2nya dapat merasai bagaimana rase cinta itu walaupun cinta syok sendiri,

          IN SHAA ALLAH jika dah termaktub di LUH MAHFUZ ade jodoh untuk ku, dapat merasalah korang nasi minyak aku, jika ajal ku dulu yang menjemput korang dapat merasa gak makan bile ade majlis tahlil untukku...hihi...

          aku pernah bercinta tapi xpernah dicintai, aku pernah berkasih sayang tpi xpernah di kasih sayang, bukan nak merungut tpi inilah perjalanan kisah cintaku, yang pasti aku xkan berdendam malah ingin mengucapkan jutaan berterima kasih koz sudi hadir dalam hidupku walau hanya seketika

          okeylah, kini tibalah giliran si penutup essay la nak muncul,,hihi, btw t0 all wanita yang pernah aku sayangi jika ade membaca ni, aku curahkan kasih dan sayangku cinta ku pada mu dulu bukan untuk dibalas cukuplah sekadar kamu mengetahui, semoga berbahagia disamping orang yang kamu cintai..

as salam adioss adigoss,
bile tibe majlis nikoh, aku bagi hadioh..
hihihi





Monday, July 1, 2013

terTekanan


          Arini ape yang aku pendamkan terkeluar jua walaupun xsemua, tidak semena-menanya aku mengamuk 1 rumah semuanya bermula selepas aku dah penat dah terlalu letih tuk terus bersabar…sikap penting diri sendiri, tak ade hati perut, tak ade kerjasama, dah tahu xde ayah apa salah kalau masing masing tolong menolong.

         Sabar ku jua ade batas, tambahan pula sekarang aku cepat naik angin, aku cukup tertekan dengan keadaan sekarang, dengan ape yang aku buat semua xbetul semua salah, ape lagi yang aku patut buat, aku dah bosan nak pikul tanggungjawab ni, sememangnya aku xmampu,
   
          Sebelum kematian arwah ayahku aku xpernah tinggikan suara pada mak aku arwah ayahku, tapi sekarang aku xmampu lagi nak kawal perasaan amarah aku, aku hilang pertimbangan, aku cukup cukup tertekan dengan benda ni semua, aku xtahu sampai bila aku harus tempuhi bende ni semua..

         Berdosakah aku meninggikan suara pada mak aku, semata mata nak sedarkan adik aku tapi mak aku asyik membela die jer, anak derhaka kah aku??? Tak bergunakah aku dalam keluarga aku ni??? Xboleh diharapkah aku ni?? Perlukah aku pergi tinggalkan keluarga ku ini???

          Setiap kali aku cuba perbetulkan ape yang salah, mesti ade yang backupnye… xtahulah kot kot aku tersalah taksif tengok orang wat salah padahal aku yang salah.. tapi yang betul betul salah xkan nak biarkan saje, sapa bile nak bela nak backup hok xbetul tu, kot ye pun sayang anak yang bijok pandai jangan la sapa anak anak yang xseberapa ni dipandang sepi ape yang die buat untuk keluarga.

          " Bijak pandai lam pelajaran belum tentu bijak dalam segala hal, kadang kala yang kaca itu lebih berguna pada permata "

          Kadang kala mari jugak terpikir nak lari dari rumah, yela ade pun buat sakit hati orang buat tambah dosa je duk maki hamun, tapi aku masih fikirkan amanat arwah ayahku tuk aku jage family aku baik baik, tapi memandangkan keadaan sekarang mungkin satu hari nanti aku akan nekad mengangkat kaki aku akan pergi dan xkan kembali..

          Masing masing dah besar, xperlu lagi kot pengawasan dari aku yela fikiran dah berlainan pengawasan aku dah dianggap sebagai mengongkong, dan siapalah aku nak kongkong hidup alam remaja diorang semua ni…

          Niat aku buat semua ni tuk keluarga tapi jika salah langkah salah cara minta maaf la koz aku jua remaja bukan dewasa tuk aku buat keputusan yang lebih baik, yela dengan usia setahun jagung ni nak handle keadaan yang biasa orang dewsa yang handle memang berat lah bagi seorang remaja…


         Apa yang aku buat ikhlas jika dapat diterima baguslah jika xdpat trime xpela koz aku lebih suke diBENCI koz bile aku xada nanti mesti perasaan happy tu timbul dan xdela orng nak kenang dan teringatkan aku lagi…

Sunday, June 30, 2013

Merungut


           Aku tahu merungut ni stu sifat yang xbagus malah boleh buat kite xbersyukur dn boleh buat kite jadi anak derhaka.. kadang kala benda baik pun kite merungut apatah lagi yang kurng baik. dan yang pasti setiap insan akan merungut xkire lah ape jua keadaan,termasuklah aku sendiri insan yang lemah dari pelbagai sudut…

          Sejak arwah ayahku meninggal banyak jugak lah tanggungjawab yang aku pikul, dengan pemikiran singkat ku aku menganggap ini seperti satu beban..aku tahu aku anak lelaki sulung tapi ku juga ade keinginan tuk menjalani kehidupan seperti rakan-rakan seangkatan denganku,

          Semakin hari aku semakin tertekan yelah aku manusia biasa gak mane lah nak tahan setiap benda aku kene buat,hantar adik2 ke sekolah,beli makan pagi,pegi situ pegi sini,padahal benda ni semua bukan aku je boleh buat tapi adik brdik lain yang besar panjang pom boleh,tapi apakan daya tiada kerjasama langsung dari mereka,apa yang buat aku makin tertekan rase nak merungut je memanjang masing-masing saling dengki saling mengungkit,,urmmm,aku xtaw lah apa nak jadi dengan family aku nimm..

          Ni bile ditmbah dengan perangai yang comel lote masing-masing lagi lah aku jadi bengang,berlagak macam anak raja mintak tolong sikit xboleh mula lah nak mengungkit dah buat itu ini,mulalah tinggikan suara serenggeng cakap orng lain,,urm, dia rase dia dah cukup besar apa boleh buat…

          Dalam pada mase yang same aku kene jage hati banyak pihak, bile family terlalu mengharapkan aku boleh dikatakan dalam seminggu tu ade je aku cuti ad je aku masuk sekerat hari, ni mujur aku sekarang kerja dengan sepupu aku tapi tulah sepupu sendiri pun aku jadi xsedap gak, memang lah ye xbunyi nape2 tapi kalau fikir secara rasional memang xpatut la aku buat g2,

           Hurmm,aku jer jage hati orang tapi hati aku??...alangkah bagus kalau aku adk brdk semua pakat2 ringan tulang berat sama dipikul ringan same dijinjing,xdelah aku tension memanjang,xdela aku nak naik angin memanjang, memang sekarang aku xnmpk kami ke arh tu tp dengn izin ALLAH S.W.T INSYA ALLAH..

            Sebut pasal keje dengn detail aku kadang kadang dah mmg putus ase giler rasenye,mintak situ xboleh mintak sini kene marah mintak dan mintak sampai sekrang masih xdapat,umur dah makin meningkat kalau boleh aku nak keje yang menjamin mase depan aku dari sekarang, sekurang2nya aku dapat la tolong family dari segi kewangan lebih sikit,apakan daya masih dan masih berharap xtaw lah sampai bila..moga2 moga ALLAH S.W.T permudahkan lah aku mendapat rezeki..


Urmm,,dah la tuh aku merungut,asyik merungut je xjadi nape gok..

Monday, May 6, 2013

pendendamkah aku??


AS SALAM

dah lame benar aku xmeluahkan ape yang tersirat dan tersurat lam hati aku, bukan ape aku cube untuk tidak mengadu pada sape2 pom, xnak menyusahkan sape2 selagi aku boleh pendam aku akan pendam, tapi lame2 pendam meletup jugak kan...huhu

arini aku tertewas... aku buntu nak mintak bantuan sape2, yela kawan xselalu akan ade mse untuk kite kan... :), aku xmampu lagi nak memendam ape yang terbuku selama ni, begitu banyak persoalan yang bermain di fikiran aku, egokah aku? apa salah aku? bodokah aku? xlayakkah aku? hina sangatkah aku? YA ALLAH semakin ku pikirkan benda ni semua semakin aku tersasar yang berlegar hanya lah negatif, langsung xnampak positif...

mungkinkah kenangan/peristiwa yang lepas membuatkan aku jadi begini? menjadikan aku seorang yang tinggi egonya, menggelapkan hati dan fikiran aku untuk jadi seorang pendendam dan ahli keluarga aku menjadi mangsa aku??

setiap kali aku diselubungi perasaan marah, pasti kate2 arwah ayahku akn ku ingat "tangan tu jage jangan mudah2 angkat ke orang" tapi sayang ia xmampu membantu aku mengawal hati hitam ku, 

sebenarnya aku betul2 terase hati, yelah aku mengaku aku banyak kelemahan dan ape yang aku buat lebih banyak yang salah dari yang betul, tapi aku dihukum sampai begitu sekali, dibuang begitu jer... bisikkan hati kecilku mungkinkah wujud perasaan pilih kasih?? YA ALLAH sampai ke situ pemikiran aku..

pada yang xtahu mesti tertanya2 kan kenapa sampai ke situ aku berfikir, tapi xpela mungkin sekejap lagi ataupun satu hari nanti kau akan tahu, yang pasti
dalam ramai2 aku lah yang paling teruk kene, pantang ade selisih sikit hanya ALLAH S.W.T saje yang tahu ape yang aku kene, tapi kenape aku jer??? tatkala aku menginjak umur dewasa aku cube berfikiran positif, aku menganggap itu semua demi mase depan aku,
tapi sekarang kenapa aku xboleh buat benda yang same aku lalui pada orang yang aku sayangi?? jika apa yang aku buat ni salah kenapa time aku dulu boleh je aku kene?? 

mungkinkah ini dinamakan pilih kasih?? atau memang aku dibenci atau memang nasib aku??
xpela 
bersabarla duhai hati hidup ni hanya menanti mati