as salam,
Apa yang
boleh dibuat dengan sehelai kertas bersaiz A4 yang kosong? Jika zaman sekolah
bolehla kita coret-coretkan dengan macam-macam imaginasi, atau sekurang-sekurangnya kita buat jet
atau kapal kertas, tapi walau apapun yang dicoretkan ia tidak mengambarkan masa
depan kita.
Itu zaman
sekolah zaman kita mula mahu mengenali dunia persekitaran kita, dunia yang
penuh warna warni kegembiraan, suka duka bersama teman sekolah.
Bila usia dh
menginjak 20-an, inilah detik permulaan kita untuk mengenali apa sebenarnya
yang berlaku didunia ini, jika dulu sehelai kertas kosong bersaiz A4 tiada apa
yang menarik untuk kita corakkan, tapi sekarang dengan kertas bersaiz A4 yang
tebal sikit, yang diatas tertera sekurang-kurangnya perkataan diploma mahupun degree
ianya akan membezakan kedudukan kita dikalangan masyarakat.
Kenapa ini
berlaku? Mungkin zaman kita belajar perbezaan ini tidak nampak begitu ketara
tetapi bile masuk alam pekerjaan, inilah realiti yang akan membezakan
kita,membezakan kedudukan kita pada mata masyarakat. Betapa kita menyanjung
tinggi pada mereka yang berpelajaran tinggi dan betapa kita hanya memandang
rendah akan keupayaan seseorang yang lemah akademik…
Ketika ini
sekeping kertas yang tertulis diploma adalah sekurang-sekurangnya syarat untuk memohon
pekerjaan, cubalah lihat betapa sekeping kertas mampu mengubah kehidupan kita
samaada secara langsung ataupun tidak. Cubalah pandang dengan mata hati betapa
sekeping kertas ini sudah membuatkan kita membezakan satu sama lain, membuatkan
kita rasa bongkak atau dengan kata lain sombong dengan sekeping kertas yang
digulung.
Lupakah kita
yang sebenarnya tanpa izin dari-Nya dengan sekeping kertas yang tertera
perkataan PHD sekalipun jika sudah tertulis bukan rezeki kita, ianya tetap
bukan rezeki kita, sedarlah wahai semua tanpa sekeping kertas yang mahal itu
pun kita boleh berjaya dengan pertolongan dari ALLAH S.W.T, jangan la terlalu
bongkak dengan segulung kertas yang kamu miliki, ketahuilah jika ALLAH S.W.T
ingin menarik balik kelebihan kamu itu, tiada apa yang mampu menghalangnya..
0 comments:
Post a Comment