Tuesday, October 8, 2013

DiduGa lAgi

                 

                  Pagi tadi aku melangkah pergi mencuba nasib diri, mencari peluang pekerjaan yang boleh membuatkan aku membantu keluarga aku ini, aku melangkah dengan penuh yakin kerana keyakinan itu yang menguatkan semangat aku untuk menempuh perjalanan ini seorang diri..

                  Setelah sampai ke destinasi begitu ramai yang hadir membuatkan aku berbelah bagi, yelah yang datang bukan sebarangan tapi aku teruskan jua kerana aku pegang satu pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".. tambahan pula aku mengenangkan nasib keluarga aku, aku ingin mengubah nasib kami, dengan bantuan tulang empat keratku ini.

                  Setelah mengetahui saringan kedua aku gagal aku dah mula rasa down, tapi aku cuba company lain pula. aku datang sana bukan semata-mata interview company itu sahaja, aku cuba mengatur pertemuan dengan orang kampungku(kabel sikit), malangnya gagal ditambah lagi dikatakan tidak sesuai dengan aku..

                  Tidak cukup dengan itu kesabaran aku diduga lagi, diduga dengan sikap manusia yang hanya berpangkat sikit, bukan nak memperkecilkan dia tapi sikapnya yang buat aku hilang rasa hormat pada nya, tatkala aku hanya bertanya macam mana cara nak ambik sijil dan diploma aku, aku di layan dengan kasar, diherdik sesuatu yang boleh buat orang hilang kesabaran...

                  Adoiii, "sudah jatuh ditimpa tangga", niat dihati nak "menyelam sambil minum air, sekali menyelam tak timbul-timbul"...

                  Apalah malang sangat nasib aku ni, setiap kali aku cuba mengapai sesuatu mesti akan jatuh tersungkur, apa lagi yang tak kena, badi ke? tak boleh ke aku berjaya macam orang lain? tak boleh ke aku mengapai cita-cita aku seperti mana mereka yang lain mengapai cita-cita masing-masing dengan mudah.

                   Dalam perjalanan aku mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini, mengenangkan nasib diri, mengenangkan keluarga dirumah, mengenangkan berita akan kegagalan aku lagi.. mengenangkan kata-kata sinis yang sering dillemparkan kepada aku, entah bile akan dapat aku sampaikan berita gembira... entah bile aku dapat tutup mulut pengkritik bebas yang tak diundang itu.

                   Apa yang berlaku hari ini membuatkan semangat aku semakin luntur, membuatkan aku tiada semangat untuk meletakkan sasaran, aku kini tiada lagi cita-cita...


2 comments:

✿ ♥ Puan_marshmallow ♥ ✿ said...

semoga Allah kuatkan ayie.. jgn pernah putus asa.. :)

Unknown said...

xtaw nk kata gne ag ya..huhu

Post a Comment