Thursday, August 21, 2014

Terkandas lagi

As salam penuh kesedihan dari diri ini...

         Hari ni aku terima satu lagi kegagalan dalam perancangan diri, aku merancang untuk sambung study, erti kata lain short course je la koz aku tak minat nak sambung lama-lama ni..

         Setelah interview yang pertama aku disyorkan ambil course yang lebih sesuai dengan sijil aku, kebetulan aku pun minat gak dengan course tu..
 
          Berbulan menunggu aku pergi lagi, ternyata tak semudah yang aku jangka, kali ni yang datang interview untuk course tu sahaja 100 lebih sedangkan kelas hanya memerlukan 20 orang, aku kuatkan semangat untuk bersaing juga..

          Akhirnya aku tertewas jua, ianya terus membuatkan aku rasa betul-betul teraniaya, betul-betul putus asa, hingga aku teringat dengan semua kegagalan aku, aku mula mempersoalkan kenapa setiap benda yang aku buat pasti tak kan berjaya.

          Apa yang aku rancang pasti tak akan jadi, apa yang aku harapkan pasti akan mngecewakan, kenapa semua ni terjadi pada aku, sedangkan aku merancang semua ni hanya untuk menolong keluarga aku sendiri, aku ingin menutup setiap mulut yang memperkecilkan aku dan keluarga.

           Apa lah nasibku, sampai sekarang aku masih tak berjaya seperti insan yang lain, tak cukup di uji dengan penuh penyakit, aku terus menerus di uji gagal dalam hidup...kenapa aku jadi begini, kenapa mesti aku je yang kena..

         Sehingga pernah terbit di fikiran aku agar jangan ada lagi harapan, jangan ada lagi impian, jangan ada apa-apa lagi target lam kehidupan ni.

           Itu lah yang sering keluar dari bisikan hati aku bila aku gagal, sehingga aku lupa yang aku sedang diuji oleh yang MAHA ESA, aku bersangka buruk pada penciptaku sendiri,,,MashaALLAH, buruknya perangai aku,lemahnya imanku saat diuji oleh dugaan dariNya yang tak seberapa.

           Akhirnya aku mulai sedar setelah dinasihati, diingatkan yang sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada ALLAH S.W.T itu sendiri, Astagfirrulahalhaziim betapa aku tersimpang jauh kerna rasa putus asa...