Arini ape yang aku pendamkan terkeluar jua
walaupun xsemua, tidak semena-menanya aku mengamuk 1 rumah semuanya bermula
selepas aku dah penat dah terlalu letih tuk terus bersabar…sikap penting diri
sendiri, tak ade hati perut, tak ade kerjasama, dah tahu xde ayah apa salah
kalau masing masing tolong menolong.
Sabar ku jua ade batas, tambahan pula
sekarang aku cepat naik angin, aku cukup tertekan dengan keadaan sekarang,
dengan ape yang aku buat semua xbetul semua salah, ape lagi yang aku patut buat,
aku dah bosan nak pikul tanggungjawab ni, sememangnya aku xmampu,
Sebelum kematian arwah ayahku aku xpernah
tinggikan suara pada mak aku arwah ayahku, tapi sekarang aku xmampu lagi nak
kawal perasaan amarah aku, aku hilang pertimbangan, aku cukup cukup tertekan
dengan benda ni semua, aku xtahu sampai bila aku harus tempuhi bende ni semua..
Berdosakah aku meninggikan suara pada mak
aku, semata mata nak sedarkan adik aku tapi mak aku asyik membela die jer, anak
derhaka kah aku??? Tak bergunakah aku dalam keluarga aku ni??? Xboleh
diharapkah aku ni?? Perlukah aku pergi tinggalkan keluarga ku ini???
Setiap kali aku cuba perbetulkan ape yang
salah, mesti ade yang backupnye… xtahulah kot kot aku tersalah taksif tengok
orang wat salah padahal aku yang salah.. tapi yang betul betul salah xkan nak
biarkan saje, sapa bile nak bela nak backup hok xbetul tu, kot ye pun sayang
anak yang bijok pandai jangan la sapa anak anak yang xseberapa ni dipandang
sepi ape yang die buat untuk keluarga.
" Bijak pandai lam pelajaran belum tentu bijak
dalam segala hal, kadang kala yang kaca itu lebih berguna pada permata "
Kadang kala mari jugak terpikir nak lari dari
rumah, yela ade pun buat sakit hati orang buat tambah dosa je duk maki hamun,
tapi aku masih fikirkan amanat arwah ayahku tuk aku jage family aku baik baik,
tapi memandangkan keadaan sekarang mungkin satu hari nanti aku akan nekad mengangkat
kaki aku akan pergi dan xkan kembali..
Masing masing dah besar, xperlu lagi kot
pengawasan dari aku yela fikiran dah berlainan pengawasan aku dah dianggap
sebagai mengongkong, dan siapalah aku nak kongkong hidup alam remaja diorang
semua ni…
Niat aku buat semua ni tuk keluarga tapi jika
salah langkah salah cara minta maaf la koz aku jua remaja bukan dewasa tuk aku
buat keputusan yang lebih baik, yela dengan usia setahun jagung ni nak handle
keadaan yang biasa orang dewsa yang handle memang berat lah bagi seorang
remaja…
Apa yang aku buat ikhlas jika dapat diterima
baguslah jika xdpat trime xpela koz aku lebih suke diBENCI koz bile aku xada
nanti mesti perasaan happy tu timbul dan xdela orng nak kenang dan teringatkan
aku lagi…