as salam,
Genap? apa yang genap? masih belajar math ke nak genap-genapkan nih??haha, aku tak suka math jadi tak nak bercerita pasal math..hihi
Apa yang aku nak coretkan disini, berkaitan dengan genap tarikh pemergian orang yang paling aku sayang, orang yang mengajar aku erti untuk hidup, orang yang selalu memberikan aku kata-kata semangat tak lain tak bukan arwah ayah aku, 19 JANUARY 2010 perginya dia meninggalkan kami semua.
Seperti mana aku pernah bercerita saat pemergiannya dalam entry sebelum ini, kini selepas 4 tahun semuanya masih lagi hijau seperti baru semalam berlaku, tangisan, kejutan, dan perasaan lain bercampur baur hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu.
Masa tak kan berhenti tapi nyawa kita akan terhenti dan aku alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas, terima kasih YA ALLAH masih beri aku peluang untuk berbakti kepada ibu ku dan keluarga aku yang lain, pada arwah akan ku doakan selalu
semoga ba' aman disana, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi ALLAH S.W.T selalu..
Seperkara lagi selang sehari iaitu 20 JANUARY tarikh lahir adik aku yang keempat, tahun ni 2014 genap la dia sebelas tahun, zaman sekarang budak-budak tak macam kita dulu(macam dah tua je op)haha..budak sekarang zaman tab, note, dengan erti kata lain game-game diorang berasaskan android dan gajet-gajet, jadi aku diminta nya nak pakai fon.
Tapi aku tak bagi yela takut dia lalai dan dengan umur nya baru berinjak 11 tahun pada aku belum masa yang sesuai, bukan nak menghalang kebebasan dan menghalang dia mengikut arus semasa, tetapi pada aku lebih banyak kontra dari pro nya.
Bersabar la dulu ye adik ku satu hari nanti mungkin kamu kan faham apa yang abang cuba buat ni, atau pun langkah abang yang silap kerna menghalang kebebasan kamu.. huhu, btw SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ADIK KU NURUL AMIESHA...