Thursday, August 21, 2014

Terkandas lagi

As salam penuh kesedihan dari diri ini...

         Hari ni aku terima satu lagi kegagalan dalam perancangan diri, aku merancang untuk sambung study, erti kata lain short course je la koz aku tak minat nak sambung lama-lama ni..

         Setelah interview yang pertama aku disyorkan ambil course yang lebih sesuai dengan sijil aku, kebetulan aku pun minat gak dengan course tu..
 
          Berbulan menunggu aku pergi lagi, ternyata tak semudah yang aku jangka, kali ni yang datang interview untuk course tu sahaja 100 lebih sedangkan kelas hanya memerlukan 20 orang, aku kuatkan semangat untuk bersaing juga..

          Akhirnya aku tertewas jua, ianya terus membuatkan aku rasa betul-betul teraniaya, betul-betul putus asa, hingga aku teringat dengan semua kegagalan aku, aku mula mempersoalkan kenapa setiap benda yang aku buat pasti tak kan berjaya.

          Apa yang aku rancang pasti tak akan jadi, apa yang aku harapkan pasti akan mngecewakan, kenapa semua ni terjadi pada aku, sedangkan aku merancang semua ni hanya untuk menolong keluarga aku sendiri, aku ingin menutup setiap mulut yang memperkecilkan aku dan keluarga.

           Apa lah nasibku, sampai sekarang aku masih tak berjaya seperti insan yang lain, tak cukup di uji dengan penuh penyakit, aku terus menerus di uji gagal dalam hidup...kenapa aku jadi begini, kenapa mesti aku je yang kena..

         Sehingga pernah terbit di fikiran aku agar jangan ada lagi harapan, jangan ada lagi impian, jangan ada apa-apa lagi target lam kehidupan ni.

           Itu lah yang sering keluar dari bisikan hati aku bila aku gagal, sehingga aku lupa yang aku sedang diuji oleh yang MAHA ESA, aku bersangka buruk pada penciptaku sendiri,,,MashaALLAH, buruknya perangai aku,lemahnya imanku saat diuji oleh dugaan dariNya yang tak seberapa.

           Akhirnya aku mulai sedar setelah dinasihati, diingatkan yang sebaik-baik perancangan adalah perancangan daripada ALLAH S.W.T itu sendiri, Astagfirrulahalhaziim betapa aku tersimpang jauh kerna rasa putus asa...

         

Tuesday, August 19, 2014

rInDu

As salam,

          Dah lama ak tak menulis disini, huhu...

        Sebenarnya aku rindukan seseorang, seorang yang aku pernah rapat dengan dia dulu, aku terkenangkan semua yang berkaitan dengan dia..

        Dia seorang yang ceria, nakal, celoteh, gelagat dia pernah buatkan aku terasa seperti diawangan, selain tu, dia selalu mengaji menyanyi untuk aku,hihihi...bile terkenangkan saat indah mampu buat kita senyum sendirian kan..hihi..

        Tapi panas tak berpanjangan, kami dah tak serapat dulu, malah terasa seperti terlalu jauh sekarang antara kami, bukan salah siapa pun aku anggap ni lumrah la kan, tak semua yang kita rancang akan jadi, tapi setiap kali aku lalu ataupun duduk di tempat ak pernah lepak dengan dia, warung selalu minum dengan dia, perasaan ak bercampur baur namun aku harus sedar kenangan hanya mampu diingati tak boleh direalisasikan lagi.

          Jika dulu kami terlalu banyak benda yang boleh dibincangkan boleh disembangkan, tapi sekarang kami seperti kekeringan idea, malah seperti tidak pernah rapat, nak bertegur sapa terasa betapa janggalnya kami sekarang...

         Aku sering rindukan dia, aku tahu nak jumpa dia amatlah tipis sekarang tapi tak boleh jumpa ataupun tak boleh bersembang macam dulu pun, sekurang-kurangnya aku teringin nak tahu keadaan dia sekarang, sihat ke? dah makan ke? tapi aku takut aku ganggu dia pulak, takut aku rosakkan hari dia pulak..urmmm...

         Sebab itulah aku hanya memendam rasa, bukan kerana egois sangat tapi yela kite tak tahu kan keadaan die sekarang, betapa kerinduan ini pada dia tak pernah luntur hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

         Pada aku kadang-kadang kite perlu juga memendam saja hasrat di hati agar nanti tak ada yang sakit hati, jauh di sudut hati memang aku mengharap masa dulu kembali, tapi aku kena sedar yang pergi tak kan kembali, jika kembali sekalipun tak kan sama, sama sekali..

salam penuh kerinduan dari aku yang entah siapa-siapa ni..hehe..

Monday, June 30, 2014

Di Lemma


As salam,

             Sejak dua tiga tahun ni aku sering di landa dilema, bkn dilema pilih awek-aweks ni aku dah tak de mood nak pikir pasal awek-awek ni, tapi pasal nak menjaga hati dua orang yang banyak bantu aku dulu..

             Dua orang yang aku maksudkan ialah bos aku kerja dulu dengan sepupu aku, dua-dua buka kedai iklan...masalah timbul bila menjelang puasa dan raya, yela kan masa tu masing-masing nak chomel kan kenderaan masing-masing, yang jadi masalah mereka kekurangan pekerja.

             Jika dengan sepupu aku, dia memang tak ada pekerja juz aku je yang ada, kalau aku tak tolong dia memang berseorangan la dia terkinja-kinja buat kerja, kesian gak kan tapi law aku pergi kat sepupu aku, aku takut bos lama aku terasa lak, aku takut dia cop aku tak kenang jasa lak..urmmm...

              Tapi kalau aku pilih tolong bos lama aku tu, sepupu aku lak nanti cakap aku tak tolong dia waktu dia lam kesempitan, yela dia pun banyak dah tolong aku...

               Adoiii, sakit kepala aku dibuatnya, baru-baru ni bos lama aku offer ajak kerja dengan semula tapi aku tak bagi apa-apa jawapan pun, semalam pulak sepupu aku ajak tolong dia,.. urmm... minta maaf banyak la bos, ambe pilih tolong sepupu lagi tahun ni sebab....... xpela biala aku tak nyatakan nya arini..

              Harap betul la apa yang aku buat ni, nak buat win-win situation memang aku tak mampu la... yang pasti jasa-jasa kamu berdua tak akan aku lupa kan sampai bila-bila...

Friday, June 27, 2014

Ramadhan datang lagi

as salam,
 
           Begitu cepat masa berlalu, dalam tak sedar kita akan menyambut bulan ramadhan al mubarak, bulan yang penuh keberkatan dan ditunggu-tunggu oleh semua umat islam didunia.

            Dalam bulan ramadhan ni macam-macam la suasana yang akan kita lihat mahupun dengar, bagi yang betul-betul menghargai/mengerti erti sebenar bulan ramadhan ni sedikit waktu pun tak akan dibazirkan dengan perkara yang melalaikan.

            Namun ada juga yang menganggap bulan ramadhan ni sekadar bulan puasa malah menganggap seperti bulan yang lain-lain... sebab itu lah timbulnya orang islam tak puasa, sanggup mengaku bukan islam demi memuaskan nafsu makan, malah ada yang sanggup mengaku sakit itu sakit ini sebagai alasan bila terkantoi...

              Astafirullah al azim, manusia macam-macam ragam kan, bila sentuh bab terawih pulak ermm memang minggu pertama penuh orang, minggu kedua tinggal separuh, minggu terakhir tinggal satu saf je, ramai makmum-makmum berterawih di shopping kompleks, di uptown-uptown..hihi..aku pun sama la..huhu

              Tapi aku harap ramadhan kali ini biala menjadi ramadhan yang terbaik yang kita pernah lalui sebelum ini, kita saling perbaiki kelemahan masa puasa tahun lepas.

              Semoga kita diberi kesihatan yang terbaik, diberi kekuatan yang semaksimum untuk kita menjalani ibadah puasa... dikesempatan ini juga, aku memohon maaf setiap salah silap ku samaada melalui percakapan mahupun melalui perbuatan..

              Selamat menyambut ramadhan semua dan mohon maaf sekali lagi...

Friday, June 20, 2014

ModaL

 
as salam,

           Entry kali ni meyentuh minat aku dalam menceburi bidang perniagaan, sememangnya aku dari dulu lagi minat nak berniaga, macam-macam aku planning nak berniaga itu berniaga ini.

           Tapi dalam rancang-rancang tu satu pun masih belum menjadi, bukan dah hilang minat tapi masalah modal, faham-faham sendiri la kan nak berniaga sekarang ni walaupun kecil-kecilan tak ada modal 5 ribu ke atas jangan harap la, barang semua mahal..

           Sebenarnya ini lah masalah sebenar kita orang melayu, nak berniaga modal tak ada, nak buat pinjaman bank atau agensi yang dilantik kerajaan bukan satu kerja mudah, ini antara sebab kenapa orang pinjam along,

          Aku sekarang buntu mencari jalan atau saluran yang tak banyak kerenah dalam urusan minta bantuan atau pinjaman ni, fuhh pening boh nak cari modal ni...huhu

          Entah bila la impian aku nak ada perniagaan sendiri ni akan tercapai, urm..semoga dipermudahkan la.....

                                     amiin

Friday, June 13, 2014

This time for world cup..

As salam..

         Ewahh eewahh semua duk sibuk jadi ahli nujum ni, ahli nujum 4 tahun sekali muncul..hihi, semua duk pakat-pakat ramal team tu menang team ni kaloh.. di tv, facebook,radio semua nya akan update pasal ni je sepanjang sebulan, yang tak minat bola mesti bosan kan...hihi,itu lah antara corat coret yang akan kita lihat sepanjang world cup ni berlangsung..

        Bagi majoriti lelaki ni la masanya nak luangkan masa lepak yang lebih panjang, mana kawan yang susah sangat nak berkumpul ni la antara masa nya, berborak bersembang layan bola sampai subuh, yang jadi burung hantu pun masa ni memang banyak la..haha

        Tapi masa ni lah kaum wanita yang tak berminat dengan bola akan terasa tersisih..hihi, sebolehnya banyak-banyak kan bersabar la yer law tak memang akan jadi perang dunia la kamu nanti...

        Setiap peminat bola akan memilih team mereka sendiri, dan aku sendiri memilih team GERMANY AND HOLLAND,hihi..aku minat ja tak ada lah sampai taksub sangat..huhu

        Sebut pasal taksub,haaa ni yang susah ni law dang taksub sangat,tak salah nak taksub-taksub ke team bola ni tapi jangan la sampai bertaruh duit ye, yang wajib buat tu jangan buat-buat tak ingat pulak, yang bekerja utamakan la kerja dulu koz itu sumber rezeki kamu, kan pasal bola tak cukup tido, tido kat tempat kerja memang kena la..hihi

         World cup kali ni kebetulan bertembung dengan bulan mulia bulan RAMADHAN AL MUBARAK, haaa, jangan hanya pasal bola je sanggup bersengkang mata, seeloknya gunakan la masa tunggu game tu dengan perkara yang berguna macam buat sembahyang sunat ke, mengaji ke kan..hihi

          World cup ni ada baik buruknya, seperti biasa yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan tauladan..

       

Tuesday, June 10, 2014

Kawan or Kekasih

As salam...

             Kembali aku mengupdate entry lam ni, itulah dang update skali ase nak update sokmo, dang dok cara berhabuk blog...haha

             Kali ni aku berbicara sendirian dalam ni berkaitan status kawan or kekasih, atau lebih detail nya dari kawan kepada kekasih..

             Memang agak sukar kan bila kita dah selesa berkawan dengan seseorang tu tetiba dia luahkan perasaan nak lebih dari kawan, automatik kita akan jadi kaku seketika, jika kita turut ada perasaan sama mungkin itu boleh dikategorikan "orang mengantuk, disorongkan bantal pula"... tapi jika kita tak ada langsung perasaan tu pada nya, macam mana nak buat?? macam mana nak jaga hubungan persahabatan tu??..urmm buntu kan?

            Situasi itu semua aku pernah alami, aku pernah jatuh hati pada kawan, dan kawan yang lain juga pernah jatuh hati kat aku.. dulu sebelum aku alaminya, aku tak tahu perasaan dia macam mana, sekarang aku mengerti apa yang dirasakan oleh nya..

            Sesungguhnya ia tak semudah kita anggapkan situasi "ditelan mati bapak,diluah mati mak" ni..fahamlah aku bila dia mengambil masa mendiamkan diri buat seketika, memerlukan masa untuk mencari jalan yang terbaik agar tiada pihak yang terluka dan menjadi "win win situation"..

            Bagi aku seharusnya kita harus bersedia mental sebelum meluahkan perasaan tu, bersedia untuk ditolak dan bersedia untuk diterima, jika ditolak jangan bersedih jangan menjauhkan diri sebaliknya cubalah bersikap seperti biasa walaupun dia mungkin akan berubah, kerna kurang selesa dengan luahan hati kita tu, bergembiralah sekurang-kurang nya kita mencuba nasib ,"tawakkal in nahu, dok try dok tahu" kan..hihi...

              Bagi aku dalam situasi dilamar tu, mesti akan terkejutkan, tapi jangan lah sampai menjauhkan diri mu terus darinya, sebaliknya terus - teranglah kamu lebih selesa sebagai kawan, In Shaa Allah dia akan memahami, cubalah bagi kekuatan bukan harapan palsu padanya, jagalah sedikit perasaan nya jangan terus memutuskan hubungan.

               Harus kita mengerti sebelum dia meluahkan sudah tentu difikirkan segala baik buruknya, risiko - risiko bakal dihadapi, hilang cinta atau hilang kawan, mungkin kedua-duanya sekali..

               Sesungguhnya 'cinta' itu tak mengenal siapa, masing-masing ada cara tersendiri nak hadapi situasi ni, bagi aku setakat ni itulah yang dapat aku handle bila berdepan situasi kawan or kekasih ni... pada kawan aku yang terlibat maafkan aku kawan kerna terpaksa menolak, dan pada kawanku yang sorang lagi maafkan aku juga kawan kerna pernah buat kamu hadapi situasi sukar ni.

                Semoga ukhuwah atas dasr persahabatan antara kita terus terjalin dan pesanku pada diri sendiri jangan pernah mengharap lagi jika ditolak sebaliknya berserahlah pada jodoh dan jalinkan la hubungan persahabatan itu seikhlas mungkin....

           

Saturday, June 7, 2014

Bersediakah Aku...

As Salam...

        Sebenarnya dah lama aku mencari masa yang sesuai untuk memohon kemaafan dari si "dia"... setiap kali aku bersedia ada je halangan yang menghalang, sehingga sekarang aku masih gagal memohon kemaafan seikhlas mungkin.

        Sebolehnya aku nak minta maaf secara berhadapan dengannya, tapi itu lah masing-masing sibuk, lagipun aku tak percaya akan diri aku dapat berkata-kata sebaik mungkin seperti aku menaip entry ni, takut jadi kaku tambah teruk lagi terkeluar air mata ni...huhu(air mata aku jenis cepat kluar)..

        Yela aku akui sebelum ini aku banyak main-main, jarang sekali nak serius, sehingga kan dalam aku tak sedar aku banyak lukakan hati nya, yang aku kesalkan aku menjangkaui batas pergaulan kami, aku ambil kesempatan atas kebaikan yang dia berikan pada ku.(jahatkan aku)..

        Tapi ALLAHUAKBAR,,betapa aku menyesal kerna mengheret dia ke arah kelalaian, tapi sekarang Alhamdulillah dia dah berubah dah jadi dirinya seperti sebelum mengenali aku, namun itu bukan tiket tuk aku lupakan segala kesalahan aku, kini aku nekad nak minta maaf dengan seikhlas nya, aku tak nak main-main lagi dalam soal ni.

        Sepanjang perkenalan kami, aku mengaku dia sangat peramah dan dek keramahan dia la tanpa aku sedari aku telah menyimpan perasaan padanya, aku ingatkan berbalas rupanya tak, aku syok sendiri..hahaha..(malu koghe weyh)..huhu.

          Biarlah tu jadi kenangan kan, dan aku kena kuatkan hati agar tak timbul lagi salah faham tu, aku tak boleh berharap lagi.

         Dan sekarang aku bersedia untuk menerima keputusannya, samaada dia ingin menjauhkan lagi dirinya dari aku, samada dia sudi memaafkan aku ataupun dia tak memaafkan khilafku ini, aku bersedia menanggung dosa tu kerna memang salah aku, memang aku yang memulakannya, seperti kata orang tua-tua "berani buat berani tanggungla kan"...

         Pesan buat diri aku "jangan pernah ambil kesempatan atas kebaikan yang diberi" In Shaa Allah, aku akan lebih berhati-hati selepas ni, dan semoga aku sempat minta maaf dengan dia atas segala kesalahan aku dan salah faham aku pada nya.... In Shaa Allah..

Friday, June 6, 2014

Tak Faham

As salam...

        Jika ada kawan-kawan yang memerlukan pertolongan In Shaa Allah aku akan tolong, tak kira la pertolongan jenis apa yang diminta, selagi aku boleh tolong aku akan tolong...

        Tapi yang membuatkan aku sakit hati bila kita nak tolong dia, tapi dia buat acuh tak acuh je, aku akui yang pertolongan aku berapa la sangat, tak boleh buat kau kaya pun...

        Namun harus kau ingat, aku tolong mu tanpa minta balasan.

        Aku tak kisah kalau pertolongan aku tak diperlukan tapi jangan buat buruk nama aku, suruh aku cari orang tapi bila dapat mu pulop buat hal, tanya sepatah jawab suku patah...

         Urmm...dah la aku pun dah tak ada mood nak tolong kawan macam mu ni, biar lah di cop sombong, tak boleh harap, asalkan aku tak aniaya orang lain demi kepentingan perangaimu...

       

Thursday, June 5, 2014

Cubaan cubaan..

as salam...

Wahh agak lama ye ak tak update entry kat sini,sampai berhabuk dah aku tengok ni...hihi

Bukan apa aku buzy sikit ditambah pulak line tenet kat uma dah hampir nak ditamatkan riwayatnya...

lagipun sekarang semua update or seangkatan dengan nya hanya ikut fon so laptop tu juz tuk men game je..hihi..

First time ni aku try update blog kot fon, fon sekarang dah makin canghih kan..so nothing impossible...hihi

lama punya pasal tak update sampai hampir terlupa ak punya email dengan password.haha

Happy giler aku dapat berblogger blik, and lepas ni tak perlu lagi bersusah payah bukak laptop nak update entry, secara tak langsung mana-mana tempat pun aku boleh UP kan entry baru...hahaha..teknologi semakin memudahkan kite...tapi jangan sampai lalai kan kite..hihi

Banyak story aku nak update..tapi sabar-sabar la dulu yer..babai

Thursday, January 23, 2014

Besday My Little Sis

AS SALAM

Dah lama aku tak update blog bergambar rasa nya, huhu,

Tempat kejadian

Preparation

Haaaa..ni kek nya

Ni plak para jemputan yang terawal

Bersedia untuk makan 

yang lain-lain aku xsempat nak snap pic sibuk melayan...hahahha
btw happy besday to kakak@mieya semoga dirahmati ALLAH S.W.T selalu..




Monday, January 20, 2014

GenaP

as salam,

              Genap? apa yang genap? masih belajar math ke nak genap-genapkan nih??haha, aku tak suka math jadi tak nak bercerita pasal math..hihi

               Apa yang aku nak coretkan disini, berkaitan dengan genap tarikh pemergian orang yang paling aku sayang, orang yang mengajar aku erti untuk hidup, orang yang selalu memberikan aku kata-kata semangat tak lain tak bukan arwah ayah aku, 19 JANUARY 2010 perginya dia meninggalkan kami semua.

               Seperti mana aku pernah bercerita saat pemergiannya dalam entry sebelum ini, kini selepas 4 tahun semuanya masih lagi hijau seperti baru semalam berlaku, tangisan, kejutan, dan perasaan lain bercampur baur hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu.

               Masa tak kan berhenti tapi nyawa kita akan terhenti dan aku alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus bernafas, terima kasih YA ALLAH masih beri aku peluang untuk berbakti kepada ibu ku dan keluarga aku yang lain, pada arwah akan ku doakan selalu semoga ba' aman disana, ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dikasihi ALLAH S.W.T selalu..

               Seperkara lagi selang sehari iaitu 20 JANUARY tarikh lahir adik aku yang keempat, tahun ni 2014 genap la dia sebelas tahun, zaman sekarang budak-budak tak macam kita dulu(macam dah tua je op)haha..budak sekarang zaman tab, note, dengan erti kata lain game-game diorang berasaskan android dan gajet-gajet, jadi aku diminta nya nak pakai fon.

               Tapi aku tak bagi yela takut dia lalai dan dengan umur nya baru berinjak 11 tahun pada aku belum masa yang sesuai, bukan nak menghalang kebebasan dan menghalang dia mengikut arus semasa, tetapi pada aku lebih banyak kontra dari pro nya.

               Bersabar la dulu ye adik ku satu hari nanti mungkin kamu kan faham apa yang abang cuba buat ni, atau pun langkah abang yang silap kerna menghalang kebebasan kamu.. huhu, btw SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ADIK KU NURUL AMIESHA...

Sunday, January 5, 2014

Bye-Bye 2013


As salam,

            Keluh keleh gi mari pejam celik tup tup abis dah tahun 2013 ni, kejap je kan.. masa yang berlalu begitu pantas membuatkan kita tidak terasa melalui detik-detik tersebut.

            Bila kita tersedar saat itu baru lah kita akan cuba ingati segala perkara yang berlalu, semestinya ia bercampur baur kelakar+marah+terindah+terburuk macam macam lah.

            Pada aku 2013 berlalu dengan tak banyak yang mengembirakan aku, tak ada yang boleh aku bangga kan, setiap perancangan aku untuk 2013 gagal, aku tak tahu la apa masalah nya, ataupun aku yang tak pandai buat keputusan sendiri.?

            Sudah lah aku dah malas nak ingat balik kenangan-kenangan tahun yang mencatat lebih banyak kekecewaan ini, sekarang fokus aku untuk menghadapi 2014 ini dengan mencapai target aku, dapat ke tidak hujung tahun ni kite story balik yer..haha

            Aku berharap tahun baru ni akan membawa lebih sinar, lebih nikmat, lebih rezeki kepada kita semua, dan aku minta maaf juga lah salah silap aku dalam 2013 tu, INSYAALAH aku akan lebih peka lagi untuk tahun 2014 ni untuk belajar dari kesilapan aku dulu.


            Yang baik kita jadi kan teladan yang buruk kita jadi kan sempadan, yang penting jangan sesekali kita ambil kesempatan, kelak kena atas batang hidung sendiri baru tahu langit tinggi rendah kan…