Saturday, November 23, 2013

SaLah faHam

As Salam,

               Sering terjadi dalam hidup kan, salah faham yang direncanakan mahupun yang datang secara tidak langsung, semuanya ada pro dan kontra nya.

               Aku tak nak meleret-leret semata-mata nak nampak entry kali ni lebih panjang, terus saja ke point nya, salah faham yang sering terjadi dalam hidup aku.

              Aku akui aku bukan la jenis ramai kawan lelaki apatah lagi kawan perempuan, yang sering menjadi salah faham nya bila ade seseorang perempuan yang rapat dengan ku, bile orang lain tengok automatik akan di cop awek aku, yela tak pernah tengok aku keluar dengan perempuan tup-tup tertengok mesti la apa yg terfikirnya aku dah ada makwe..haha, macam-macam sungguhla tanggapan manusia ni..huhu

              Bile dah di cop begitu aku terang macam mana sekalipun die tak kan percaya,,Kasihan plop kawan perempuan aku tuh, tak pasal-pasal jadi mangsa,,huhu so sorry la frenz biarla diorang nak anggap kite ape pun yg pasti kita tahu kebenarannya kita setakat mana kan..huhu


              Mulut org kite tak boleh tutup, kite hanya berdoa jela moga-moga apa yang diperkatakan itu tidak akan jadi kenyataan.. J

Doa & HArapan

AS SALAM

               Sehingga ari ini aku masih gagal untuk memiliki menduduki hati seseorang, kata orang nak seribu daya tak nak seribu dalih, pelbagai cara aku dah buat untuk merasai apa yang pernah korang rasa sehingga akhirnya memakan diri sendiri,

               Setiap orang lain caranya, begitulah kesilapan aku dalam menilai wanita, tapi aku tak nak kenangkan lagi yang lepas biarlah ia menjadi pengajaran buat diri ku sendiri, sehubungan dengan itu juga aku berasa cukuplah aku mencuba cukuplah setakat ini, kerna yang aku dapat hanya sebaliknya,

              Buat perempuan kat luar sana, aku berharap sama-sama lah berdoa semoga kamu tidak dijodohkan dengan sigemuk ini, aku berharap agar kamu tidak menjadi pemilik kepada si buncit ini, berdoalah semoga kamu tidak jatuh hati dengan si dungu ni,

             Harapan aku semoga kamu tidak menyayangi insan yang nebeng/poyo ini, berdoalah semoga kamu tidak mengenali diriku ini dengan lebih dalam kerna yang kamu dapat hanya kekecewaan,

             Dan yang paling aku harapkan dan akan doakan yang terbaik buat kamu semua, semoga berbahagia disamping insan yang tersayang, semoga kamu dijodohkan dengan orang yang baik budi pekertinya, semoga kamu memiliki seorang lelaki yang beriman dan mampu memimpin kamu hingga ke syurga,


Amiin3…

Di BencI


as salam

             Seperti mana timbulnya perasaan membenci begitu jugalah timbul nya perasaan dibenci.

             Jika kita boleh mmbenci orang lain, mereka juga boleh membenci kita jangan marah akan mereka tetapi terima lah lumrah kehidupan ini ada pro & kontra nya.

             Kebiasaanya perasaan dibenci ini mudah terbit dari hati kita hanya kerana kita tidak boleh menerima kekurangan orang lain, selalu mengkritik pendapat orang lain, dengan ego yang tinggi, begitu juga aku aku tahu ada yang membenci aku tatkala dengan perangai aku, sikap panas baran aku,

             Pada yang rapat dengan aku, mesti tahu aku macam mana, buat adik-adik ku, aku tahu siapa yang suka dimarah diherdik di pukul kan, niat aku cuba jadi abang yang baik walaupun aku tahu aku bukan lah yang terbaik, ketahuilah apa yang aku buat demi kamu semua aku tak nak pisang berbuah dua kali, aku bukan nak jadi seperti 'ketam mengajar anak nya berjalan' dengan betul tapi aku tak nak adik-adik aku ikut kegagalan aku, biarlah pengalaman menyedarkan aku untuk menegur mana silap kamu semua, aku tahu sikap aku yang kadang-kadang terlalu mengawal tingkah laku kamu semua buatkan kamu semua rimas dengan aku, dan yang pasti timbul perasaan benci dalam diri kamu terhadap aku, aku tak kisah sangat biarlah aku dibenci, biarlah segala pengorbanan aku kamu tidak nampak, yang penting kamu semua berjaya dan menjadi manusia yang boleh berbakti pada mak ayah kita,

             Buat teman-teman aku mesti ada yang tersinggung dengan tingkah laku aku, yela kadang-kadang aku akui aku bergurau melebihi had, huhu… aku tahu ada kalangan teman-teman ku ini yang melayan aku sekadar nak jaga hati aku, terima kasih banyak yer.. pada yang ikhlas berkawan dengan aku dan boleh menerima sikap aku ni, aku tak tahu macam mana nak berterima kasih pada kamu semua, yang pasti hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mampu membalasnya.. andai satu hari nanti kamu mula mengangkat kaki, mula menjauhi aku, aku redha kerna manusia mana yang sanggup nak hadap manusia mcm aku ni lama-lama..huhu

             Apa yang pasti walau mcam mana pun benci kamu semua pada aku, aku tetap akan menyayangi kamu semua kerna benci kamu kerna kesilapan aku sendiri tak pandai nak menghargai kamu semua, aku cuba buat kamu semua ketawa paling tidak pun buat kamu tersenyum tapi jika aku gagal malah lebih mmbuatkan kamu menyampah, maafkan aku semua yeee..

#kata orang jangan terlalu membenci takut tersayang pula...hahaha(sempat lagi koya)