Monday, October 21, 2013

KOSONG KOSONG


As salam,

              Kosong kosong, inilah antara bait-bait lagu si najwa latif.. kerja kosong yang aku cari selama ini tetapi kosong yang lain yang aku dapat, betapa sekarang aku rasa kosong dari semua sudut sama ada hati, jiwa, paru-paru dan sebagainya..huhu, hanya satu yang masih tidak kosong padaku iaitu fikiran aku,           

              Betapa sekarang aku bercelaru memikirkan apa sebenarnya yang aku mahu, apa sebenarnya yang kamu mahu, apa sebenarnya orang-orang sekelilingku mahu…puas aku fikirkan tidak cukup memikirkan kemahuan sendiri aku dengan bangangnya juga memikirkan tentang kemahuan orang lain, bangang ke jika aku memikirkan kemahuan orng lain??

              Sebenarnya tanpa kita sedari kita lebih memikirkan orang lain berbanding diri sendiri, kita berusaha sedaya mungkin untuk memuaskan hati semua orang, kita cuba lakukan yang terbaik untuk mengbahagiakan orang lain… tapi untuk diri sendiri ada ke kita fikir macam mana nak buat benda ni semua untuk diri sendiri??

              Seperti mana yang terjadi apa diriku sekarang, bukan aku tidak mahu memikirkan pasal diri aku, tetapi setiap yang aku lakukan mesti persoalan yang akan timbul berkait rapat dengan soal hati orang lain, boleh ke macam ni? Boleh ke aku buat begitu? Semuanya nak kena jaga hati orang lain…


              Sebut pasal jaga hati ni lah buatkn aku semakin kosong, mana tak nya semakin dijaga hati orang lain semakin aku rasa bersalah, sentiasa memikirkan apa lagi yang terbaik untuk aku jaga hati orang, bukan mudah nak puahkan hati orang lagi-lagi yang kita sayang, sentiasa memikirkan cara yang paling patut buat,

              Tadi tengah banyak-banyak idea tetiba jadi kosong, habis berterabur ayat-ayat untuk aku coretkan disini, tak mengapalah sekarang aku cuba fokuskan diri sendiri dan keluarga, sebelum aku berkeluarga sendiri, sebelum ajal menjemputku.

              Pada yang ada baca blog aku selama ni, sedar ke tidak yang entry-entry aku update sebenarnya kosong memang bertulis tapi pengisian nya tiada yang mampu membantu...huhu

             

Sunday, October 20, 2013

Membenci


AS SALAM

                Membenci salah satu sifat/perasaan yang ada dalam diri kita, perasaan ini datang ataupun timbul tanpa kita sedari.. manusia mana yang tidak pernah ada persaan benci?? Kalau ada aku memang respek abis kat dia nih..huhu

                 Seperti mana orang lain, aku jua ada perasaan yang sememangnya tidak baik ini perasaan yang akan memecah belahkan kita sesama sendiri, apakan daya jika boleh aku tidak mahu ada walau sdikit pun perasaan ini timbul dalam diri aku,

                Aku mula membenci seseorang bukan kerana cinta tetapi perasaan ini mula timbul apabila aku boleh berfikir secara matang, aku mula ada perasaan dendam pada dia kerana keluarga aku telah dipermainkan oleh nya, aku memang membncinya kerana telah mengkhianati kami sekelurga setelah apa yang kami bantu selama ini dibalas dengan kejam, dibalas dengan cara halus.

                Mengenangkan apa yang telah dia lakukan pada keluarga aku, aku tak kan memaafkan nya sampai mati, walaupun mak dan arwah ayah aku tak pernah berdendam dan selalu menasihati aku, tapi aku tak sekuat mereka, anak mana yang sanggup tengok mak ayah kena perbuatan orang, habis musnah perniagaan kami, habis duit tatkala mencari penawar dek perbuatan manusia yang mendapat bantuan syaitan…

                Sekali aku membenci selamanya aku akan membnci, buatlah baik setara mana sekalipun aku xkan berganjak, kerna kau permainkan keluarga aku bukan aku, aku memang pantang ada orang cuba-cuba untuk permainkan keluarga aku, aku sanggup mati kerna keluarga aku..


                Aku boleh bersabar masih boleh bertolenrasi jika hanya melibatkan diri aku sahaja, tapi bila melibatkan keluarga aku, sorry to say no compromise not tolerancy just dendam dan perasaan benci aku sahaja untuk kamu yang cuba-cuba menjolok sarang tebuan..

Friday, October 18, 2013

KeRTaS


as salam,

               Apa yang boleh dibuat dengan sehelai kertas bersaiz A4 yang kosong? Jika zaman sekolah bolehla kita coret-coretkan dengan macam-macam imaginasi, atau sekurang-sekurangnya kita buat jet atau kapal kertas, tapi walau apapun yang dicoretkan ia tidak mengambarkan masa depan kita.

              Itu zaman sekolah zaman kita mula mahu mengenali dunia persekitaran kita, dunia yang penuh warna warni kegembiraan, suka duka bersama teman sekolah.
Bila usia dh menginjak 20-an, inilah detik permulaan kita untuk mengenali apa sebenarnya yang berlaku didunia ini, jika dulu sehelai kertas kosong bersaiz A4 tiada apa yang menarik untuk kita corakkan, tapi sekarang dengan kertas bersaiz A4 yang tebal sikit, yang diatas tertera sekurang-kurangnya perkataan diploma mahupun degree ianya akan membezakan kedudukan kita dikalangan masyarakat.

             Kenapa ini berlaku? Mungkin zaman kita belajar perbezaan ini tidak nampak begitu ketara tetapi bile masuk alam pekerjaan, inilah realiti yang akan membezakan kita,membezakan kedudukan kita pada mata masyarakat. Betapa kita menyanjung tinggi pada mereka yang berpelajaran tinggi dan betapa kita hanya memandang rendah akan keupayaan seseorang yang lemah akademik…

                 Ketika ini sekeping kertas yang tertulis diploma adalah sekurang-sekurangnya syarat untuk memohon pekerjaan, cubalah lihat betapa sekeping kertas mampu mengubah kehidupan kita samaada secara langsung ataupun tidak. Cubalah pandang dengan mata hati betapa sekeping kertas ini sudah membuatkan kita membezakan satu sama lain, membuatkan kita rasa bongkak atau dengan kata lain sombong dengan sekeping kertas yang digulung.


                 Lupakah kita yang sebenarnya tanpa izin dari-Nya dengan sekeping kertas yang tertera perkataan PHD sekalipun jika sudah tertulis bukan rezeki kita, ianya tetap bukan rezeki kita, sedarlah wahai semua tanpa sekeping kertas yang mahal itu pun kita boleh berjaya dengan pertolongan dari ALLAH S.W.T, jangan la terlalu bongkak dengan segulung kertas yang kamu miliki, ketahuilah jika ALLAH S.W.T ingin menarik balik kelebihan kamu itu, tiada apa yang mampu menghalangnya..
      
           

Tuesday, October 8, 2013

DiduGa lAgi

                 

                  Pagi tadi aku melangkah pergi mencuba nasib diri, mencari peluang pekerjaan yang boleh membuatkan aku membantu keluarga aku ini, aku melangkah dengan penuh yakin kerana keyakinan itu yang menguatkan semangat aku untuk menempuh perjalanan ini seorang diri..

                  Setelah sampai ke destinasi begitu ramai yang hadir membuatkan aku berbelah bagi, yelah yang datang bukan sebarangan tapi aku teruskan jua kerana aku pegang satu pepatah melayu "alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan".. tambahan pula aku mengenangkan nasib keluarga aku, aku ingin mengubah nasib kami, dengan bantuan tulang empat keratku ini.

                  Setelah mengetahui saringan kedua aku gagal aku dah mula rasa down, tapi aku cuba company lain pula. aku datang sana bukan semata-mata interview company itu sahaja, aku cuba mengatur pertemuan dengan orang kampungku(kabel sikit), malangnya gagal ditambah lagi dikatakan tidak sesuai dengan aku..

                  Tidak cukup dengan itu kesabaran aku diduga lagi, diduga dengan sikap manusia yang hanya berpangkat sikit, bukan nak memperkecilkan dia tapi sikapnya yang buat aku hilang rasa hormat pada nya, tatkala aku hanya bertanya macam mana cara nak ambik sijil dan diploma aku, aku di layan dengan kasar, diherdik sesuatu yang boleh buat orang hilang kesabaran...

                  Adoiii, "sudah jatuh ditimpa tangga", niat dihati nak "menyelam sambil minum air, sekali menyelam tak timbul-timbul"...

                  Apalah malang sangat nasib aku ni, setiap kali aku cuba mengapai sesuatu mesti akan jatuh tersungkur, apa lagi yang tak kena, badi ke? tak boleh ke aku berjaya macam orang lain? tak boleh ke aku mengapai cita-cita aku seperti mana mereka yang lain mengapai cita-cita masing-masing dengan mudah.

                   Dalam perjalanan aku mengenangkan apa yang berlaku pada hari ini, mengenangkan nasib diri, mengenangkan keluarga dirumah, mengenangkan berita akan kegagalan aku lagi.. mengenangkan kata-kata sinis yang sering dillemparkan kepada aku, entah bile akan dapat aku sampaikan berita gembira... entah bile aku dapat tutup mulut pengkritik bebas yang tak diundang itu.

                   Apa yang berlaku hari ini membuatkan semangat aku semakin luntur, membuatkan aku tiada semangat untuk meletakkan sasaran, aku kini tiada lagi cita-cita...