AS SALAM
Membenci
salah satu sifat/perasaan yang ada dalam diri kita, perasaan ini datang ataupun
timbul tanpa kita sedari.. manusia mana yang tidak pernah ada persaan benci??
Kalau ada aku memang respek abis kat dia nih..huhu
Seperti mana
orang lain, aku jua ada perasaan yang sememangnya tidak baik ini perasaan yang
akan memecah belahkan kita sesama sendiri, apakan daya jika boleh aku tidak
mahu ada walau sdikit pun perasaan ini timbul dalam diri aku,
Aku mula
membenci seseorang bukan kerana cinta tetapi perasaan ini mula timbul apabila
aku boleh berfikir secara matang, aku mula ada perasaan dendam pada dia kerana
keluarga aku telah dipermainkan oleh nya, aku memang membncinya kerana telah
mengkhianati kami sekelurga setelah apa yang kami bantu selama ini dibalas
dengan kejam, dibalas dengan cara halus.
Mengenangkan
apa yang telah dia lakukan pada keluarga aku, aku tak kan memaafkan nya sampai mati,
walaupun mak dan arwah ayah aku tak pernah berdendam dan selalu menasihati aku,
tapi aku tak sekuat mereka, anak mana yang sanggup tengok mak ayah kena
perbuatan orang, habis musnah perniagaan kami, habis duit tatkala mencari
penawar dek perbuatan manusia yang mendapat bantuan syaitan…
Sekali aku
membenci selamanya aku akan membnci, buatlah baik setara mana sekalipun aku
xkan berganjak, kerna kau permainkan keluarga aku bukan aku, aku memang pantang
ada orang cuba-cuba untuk permainkan keluarga aku, aku sanggup mati kerna keluarga aku..
Aku boleh
bersabar masih boleh bertolenrasi jika hanya melibatkan diri aku sahaja, tapi bila
melibatkan keluarga aku, sorry to say no compromise not tolerancy just dendam dan
perasaan benci aku sahaja untuk kamu yang cuba-cuba menjolok sarang tebuan..
0 comments:
Post a Comment