Tuesday, January 31, 2012

SEGALANYA BERUBAH SEKELIP MATA


AS SALAM..

              Sekelip mata aku mendapat gelaran anak yatim, adik2 aku yang masih kecil lagi sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah..walaupun sudah 2 tahun berlalu tapi terasa seperti semalam sume ini berlaku.

              Perginya arwah bermakna aku harus bersedia menggantikan tempatnya dalam keluarga aku, memandangkan aku anak lelaki sulung dalam keluarga aku, aku lah ayah bagi adik2 aku, aku lah abg bg mereka, dan aku jugalah tempat mereka bergantung. Demi mereka aku sanggup korbankan zaman remajaku, cita2 aku, fokus aku sekarang hanyalah 1..iaitu kebahagiaan ahli keluargaku menjadi keutamaan aku.

               Kata pepatah, “Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul”… 

               Tanggungjawab yang diamanahkan oleh arwah bukan calang2 tanggungjawab, tersilap langkah musnah lah keluarga aku, tersilap strategi musnahlah harapan yang diberikan oleh arwah pada aku, mahu tak mahu aku kena hadapi segala rintangan yang memungkinkan aku gagal dalam menjalankan amanah ini.

              Kusangkakan panas sampai ke petang rupanya gerimis melanda di tengahari, dalam sedikit ketegasan aku pada ahli keluarga perempuan aku dalam pemakaian mereka, pergaulan mereka, aku telah disalah tafsirkan sebagai pengongkong, ermm,,,aku  Cuma xbagi mereka keluar dengan lelaki yang bukan muhrim sewenang2nya, xbagi mereka berpakaian menjolok mata, xbagi mereka FREE HAIR bukan nak menghalang mereka berkawan, berfesyen mengikut tren tapi bagi aku tren sekarang tren menuju ke neraka laknatullah, sumernya banyak mengikut ke arah barat, adat ketimuran, kemelayuan ditinggalkan.

              Lagi pun aku ade baca 1 artikel berkenaan “4 GOLONGAN LELAKI YANG AKAN  DI TARIK MASUK KE NERAKA OLEH WANITA” dalam artikel ni dah terang2 menunjukkan tanggungjawab si lelaki amatlah besar, sama ada masih hidup mahupun telah meninggal dunia, dosa yang di buat oleh ahli keluarga wanita akan tetap di tanggung oleh si lelaki. Untuk tahu lebih lanjut bacalah entry sebelum ni, aku da pernah post. Tajuk yang aku pernah post 2, “TARIKAN SI WANITA”.

               Dan akibat kelantangan aku dalam soal ini, salah seorang dari kami sekarang telah terasa hati dengan aku, aku mengaku iainya berlaku kerana aku telah meninggikan suara padanya dan lebih memburukkan lagi aku menghalang dia keluar dengan bukan muhrim kami…..ERMMM, masa 2 aku betol2 xleh kawal perasaan amarah aku, walaupun sebelum itu aku sudah meminta maaf kerana meninggikan suara, aku sedar maaf sahaja tidak mampu menyejukkan hatinya kembali, aku menyesal sebab tinggikan suara padanya tapi aku xmenyesal kerana menghalang dia keluar dengan bukan muhrim kami.

               Bukan senang nak menegur orang yang lebih tua dari diri kita kan, silap langkah di cop kurang ajar, derhaka, tapi aku xkan putus asa selagi aku ada bukti yang aku buat e2 betul aku akan pertahankannya, bialah aku dicaci, dibenci, dihina atau dibuang sekalipun, asalkan keluarga ku tidak terus lalai dengan duniawi, dan yang paling penting tidak terus menyeksa arwah.

               Bukan nak berlagak baik, aku sedar aku bukanla seorang lelaki/anak/abg/adik yang kuat beriman, yang selalu pergi ke surau, yang selalu taat dengan perintah ALLAH S.W.T. sebab itu lah dalam masa aku mengingatkan mereka secara tidak langsung aku juga memperingati diriku sendiri. Dan aku mengaku aku masih belajar dan perlukan bimbingan, sehubungan dengan e2 aku tidak akan melenting bila di tegur, aku bersedia untuk diberi tunjuk ajar agar sama2 kita menuju jalan yang diredhai oleh ALLAH S.W.T. INSYAALLAH…

               Buat kamu yang sudi membaca ni, tegurla aku jika aku lalai, terajang lah aku jika aku menyimpang, tumbuklah aku jika benar aku berbuat salah, tembak lah aku jika benar aku lupa akan tanggungjawab aku. Aku hanya manusia biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan, jika sudi pimpinlah aku kembali untuk terus berada di jalan-NYA.

              Aku mengaku dalam usia mentah untuk aku jalani amanah ini amatlah sukar, syukur dengan bantuan umi dan kakak sulung ku kehidupan kami sekeluarga bahagia, tapi sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula sesama ahli keluarga kan… pernah juga kami berselisih pendapat, tak bertegur sapa tapi "air dicincang tak akan putus," selepas keadaan masing2 sejuk kembalilah kami untuk bersatu menjaga keluarga ini. Sume ini kami lakukan hanya kerana 1 sebab iaitu kami sume sayangkan arwah dan tidak akan sesekali mengecewakan arwah.INSYAALLAH…    
         
              Kini harapan aku cuma 1, semoga semua ahli keluarga aku berubah dengan sekelip mata, berubah ke arah yang lebih baik bukan ke arah yang lebih melalaikan. Sekurang2nya apabila tiba saat aku menutup mata buat selama2nya mereka sume telah berada dalam kesedaran, tergolong dalam golongan yang dikasihi ALLAH S.W.T selalu. Tak lupa juga buat sume umat islam semoga kita bersama2 dapat keredhaan-NYA dan saling mengingati satu sama lain,

INSYAALLAH, AMIN YA RABBAL AL’AMIIN.

Dalam ingatan tulus Ikhlas


As salam..
             
             Tanggal 19/01 datang lagi, sedar x sedar sudah 2 tahun aku kehilangan arwah ayah aku, seorang ayah yang amat bertanggungjawab, berdedikasi, penyayang..
            
             19/01 menjelang subuh sekitar jam 5.30 a.m aku dikejutkan dengan panggilan dari kakak ku, yang meminta aku pulang tanpa diberitahu sebabnya, dan aku masih lagi mamai masa 2 kerana baru terlelap mengiyakan sahaja permintaan nya.

              Sebaik sahaja aku letak telefon ingatan aku terus kepada ayahku yang masih berada dihospital, tapi sebelum 19/01 keadaannya sudah beransur pulih dan mungkin dibenarkan pulang dalam sehari dua lagi… entah kenapa hatiku terasa berdebar2 dan airmataku tidak semena2 mengalir laju…tanpa to4 telefon aku mase 2,,hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku gundah gelana, hanya sempat bermesej dengan kakak ku sekeping..

             Dengan teman2 ku masih lagi dibuai mimpi masing2, aku bersiap untuk solat subuh sebelum berangkat pulang ke kampung,ketika e2 aku dikejutkan lagi dengan mesej2 dari sanak saudaraku yang meminta aku bersabar,bertenang banyakkan berdoa, aku masih lagi terpingga2 kenapa mesej2 sedemikian terus menerus masuk ke inboxku…

             Ketika airmataku masih tidak berhenti mengalir memikirkan apa sebenarnya yang berlaku, sedang aku bersiap untuk bertolak pulang, aku menerima panggilan dari kakak ku lagi sekitar 6.30 a.m…dengan nada tersekat2 dia menyampaikan satu berita yang amat2 mengejutkan aku.. bait2 perkataan yang masih sekarang segar dalam ingatku “yie ba’ da xade,sabor bebanyak yie”… saat aku mendengar bait2 tersebut lantas bibirkan ku mengeluarkan perkataan TIDAKKK MU TIPUU AKUU!!!! Berulang kali aku menjerit...jeritan aku telah mengejutkan teman2 ku yang sedang tido..lantas mereka mendapatkan aku untuk bertanyakan apa yang telah berlaku…

             Mereka menenangkan aku, aku sudah tidak mampu menunggang motosikal ku untuk pulang kerana badan ku menggeletar tidak semena2nya, Saat e2 terasa kosong sekosongnya hidup aku, perginya seorang ayah yang tiada galang gantinya, dengan bantuan mak angkatku aku pulang ke kampong sekitar jam 7.30 a.m berteman kan seorang temanku sorang lagi untuk menenangkan aku sepanjang perjalanan..

              Tidakku tahu dengan kelajuan kereta yang dipandu dan dibantu keadaan yang sedikit sesak, aku merasakan begitu jauh perjalanan dari kemaman ke marang, terasa memakan masa beratus2 jam lamanya, sepanjang perjalanan aku hanya mampu mengalirkan airmata tanpa henti2, saat e2 pelbagai kenangan aku bersama arwah bermain2 dimata ku, aku mengharapkan satu benda yang mustahil iaitu apa yang kakak ku sampaikan hanyalah gurauan semata2… semakin dekat dengan rumahku semakin aku tidak dapat mengawal airmataku..

               Betapa luluhnya hati dan jiwaku saat melihat begitu banyak kenderaan dan orang ramai yang berpusu2 ke rumah aku, aku xmampu meneruskan langkahku untuk masuk ke rumah,dengan bantuan temanku dan saudara mara ku yang lain aku dipapah ke rumahku…..

               Saat e2 terasa seperti aku lumpuh, tidak terasa kaki aku menjijak tanah sampai sahaja aku dihadapan pintu umah aku..tanpa aku sedari aku pengsan dan bila ku sedar aku sudah berada di atas rumahku. Aku dikelilingi saudara maraku yang tidak putus2 menenangkan aku sekeluarga,  saat e2 juga aku masih lagi tidak mampu melihat jenazah yang terbaring disebalik dinding kain2 yang telah dipasang oleh mereka yang sudi membantu.

               Aku tidak putus2 memarahi kakak ku kerana aku tidak memberitahu aku perkara sebenar, dengan kekuatan yang diberikan oleh mereka yang berada disekeliling aku,aku dipapah untuk melihat jenazah, setelah berulang kali aku menolak kerana aku xsanggup melihat arwah.. Dengan lafaz bismillah aku membuka kain yang menutup muka arwah…

  YA ALLAH YA TUHANKU.

               Inginku meraung sekuat hati aku, tapi sebelum itu aku sudah dinasihati agar tidak meraung dan menitiskan airmata walau setitik pun dihadapan jenazah, aku hanya mampu meraung dalam hatiku, terasa luluh jiwa dan raga ku saat melihat arwah, terasa bagaikan satu mimpi ngeri sedang aku alami, aku hanya mampu duduk bersebelahan arwah sekitar 2minit.. 

             Aku menyembunyikan diriku kedalam bilik,tangisan aku rintihan aku mengiringi hari yang penuh dugaan, selang berapa ketika dengan keadaan terketar2 aku sedekahkan arwah bacaan yassin.
                            …………………………………………………………
             Ketibaan adik ku yang belajar di n9 sekali lagi aku tidak mampu menahan sebak saat dia datang dan memelukku, suasana kembali diiringi dengan airmata.
                           ………………………………………………………….
              Airmata ku mengalir lagi bila aku dipanggil untuk memberi ciuman terakhir kepada arwah, saat melihat tok imam mengangkat kain kafan yang terakhir iaitu kain kafan yang menutup keseluruhan muka dan badan arwah.. ALLAH ALLAH ALLAH, aku tidak mampu berkata2 lagi saat e2,hanya mampu mendoakan kesejahteraan arwah… aku lari menyembunyikan diri sekali lagi aku xsanggup xsanggup YA ALLAH melihat arwah diusung keluar…

                Walaupun sudah 2 tahun berlalu, tidak ku mampu melupakan setiap detik yang berlaku pada hari itu, dengan INGATAN TULUS IKHLAS DARI ANAKMU, AYAHANDA KU...ku sedekahkan AL-FATIHAH  buat mu...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang di kasihi-NYA dan di rahmati oleh ALLAH S.W.T selalu..

aku rindukan belaian seorang ayah.<3
             

Thursday, January 5, 2012

HABes sUDAH...

         as salam....
          
              Syukur ALHAMDULILLAH akhirnye detik 03/01/2012 da pun berlalu,so tamat la sudah latihan praktikal ku di MARITIM MALAYSIA....

              Sekarang xde wat pape pown,report pom xsentuh lagi..hahaha,keje bunuh diri kan..huhu,yang aku tahu just bangun pagi hantar adik-adik g sekolah n then sambung tido,lepah 2 makan,
tido makan,makan tido...haha,,berpetak-petak la badan ku nanti...
           
             Sepanjang aku kat menjalani latihan industri kat maritim malaysia ni banyak jugak la pengalaman yang xakan aku lupakan,antaranya latihan memnembak,kena berucap depan pegawai2...yang paling best sume nye sporting habis!!!hik hik...

             Lepas ni nak cri keje la plok koz keje memang xkan cari aku al-maklum la,sape la aku ni kan nak suh keje cari aku..huhuhu...

             Tanpa disedari bermula jugak lah fasa terbaru lam hidup ku iaitu bergelar pekerja sepenuh mase la pulak..huk huk...

            Moga-moga dapatla apa yang dihajati,dimudahkan segala urusan dan di murahkan rezeki yang halal selalu...

Monday, January 2, 2012

HAPPY NEW YEAR

       AS SALAM...

                 2012 da datang,datangnye tanpa di undang,perginye 2011 tanpa diusir,begitula setiap saat masa yang bergerak tidak akan berputar ke belakang kembali....sedar x sedar da masuk tahun baru secara automatik makin bertambah la kiraan umur kite semua...

                 Lumrah manusia setiap kejadian akan dianggap sebagai satu kenangan dalam menjalani kehidupan,samada kenangan terindah or kenangan yang mungkin melucukan,,,,hrmm,yang pasti akan terpahat disanubari masing-masing.

                 Dalam keriuhan orang ramai menyambut tahun baru,terlintas di benakku betapa tanpa disedari tanggungjawab yang akan dipikul di tahun baru...tanggungjawab yang bertambah berat sejajar dengan peningkatan umur,kematangan pemikiran.

                2012 tetap datang walaupun kite cuba menghalang,kehidupan mesti diteruskan dan perlu ditempuhi dengan kerhedaan...INSYALLAH 2012 akan menjadi tahun yang lebih berjaya dari tahun - tahun yang lepas....