As salam..
Tanggal 19/01 datang lagi, sedar x sedar sudah 2 tahun aku kehilangan arwah ayah aku, seorang ayah yang amat bertanggungjawab, berdedikasi, penyayang..
19/01 menjelang subuh sekitar jam 5.30 a.m aku dikejutkan dengan panggilan dari kakak ku, yang meminta aku pulang tanpa diberitahu sebabnya, dan aku masih lagi mamai masa 2 kerana baru terlelap mengiyakan sahaja permintaan nya.
Sebaik sahaja aku letak telefon ingatan aku terus kepada ayahku yang masih berada dihospital, tapi sebelum 19/01 keadaannya sudah beransur pulih dan mungkin dibenarkan pulang dalam sehari dua lagi… entah kenapa hatiku terasa berdebar2 dan airmataku tidak semena2 mengalir laju…tanpa to4 telefon aku mase 2,,hanya tuhan sahaja yang tahu betapa hatiku gundah gelana, hanya sempat bermesej dengan kakak ku sekeping..
Dengan teman2 ku masih lagi dibuai mimpi masing2, aku bersiap untuk solat subuh sebelum berangkat pulang ke kampung,ketika e2 aku dikejutkan lagi dengan mesej2 dari sanak saudaraku yang meminta aku bersabar,bertenang banyakkan berdoa, aku masih lagi terpingga2 kenapa mesej2 sedemikian terus menerus masuk ke inboxku…
Ketika airmataku masih tidak berhenti mengalir memikirkan apa sebenarnya yang berlaku, sedang aku bersiap untuk bertolak pulang, aku menerima panggilan dari kakak ku lagi sekitar 6.30 a.m…dengan nada tersekat2 dia menyampaikan satu berita yang amat2 mengejutkan aku.. bait2 perkataan yang masih sekarang segar dalam ingatku “yie ba’ da xade,sabor bebanyak yie”… saat aku mendengar bait2 tersebut lantas bibirkan ku mengeluarkan perkataan TIDAKKK MU TIPUU AKUU!!!! Berulang kali aku menjerit...jeritan aku telah mengejutkan teman2 ku yang sedang tido..lantas mereka mendapatkan aku untuk bertanyakan apa yang telah berlaku…
Mereka menenangkan aku, aku sudah tidak mampu menunggang motosikal ku untuk pulang kerana badan ku menggeletar tidak semena2nya, Saat e2 terasa kosong sekosongnya hidup aku, perginya seorang ayah yang tiada galang gantinya, dengan bantuan mak angkatku aku pulang ke kampong sekitar jam 7.30 a.m berteman kan seorang temanku sorang lagi untuk menenangkan aku sepanjang perjalanan..
Tidakku tahu dengan kelajuan kereta yang dipandu dan dibantu keadaan yang sedikit sesak, aku merasakan begitu jauh perjalanan dari kemaman ke marang, terasa memakan masa beratus2 jam lamanya, sepanjang perjalanan aku hanya mampu mengalirkan airmata tanpa henti2, saat e2 pelbagai kenangan aku bersama arwah bermain2 dimata ku, aku mengharapkan satu benda yang mustahil iaitu apa yang kakak ku sampaikan hanyalah gurauan semata2… semakin dekat dengan rumahku semakin aku tidak dapat mengawal airmataku..
Betapa luluhnya hati dan jiwaku saat melihat begitu banyak kenderaan dan orang ramai yang berpusu2 ke rumah aku, aku xmampu meneruskan langkahku untuk masuk ke rumah,dengan bantuan temanku dan saudara mara ku yang lain aku dipapah ke rumahku…..
Saat e2 terasa seperti aku lumpuh, tidak terasa kaki aku menjijak tanah sampai sahaja aku dihadapan pintu umah aku..tanpa aku sedari aku pengsan dan bila ku sedar aku sudah berada di atas rumahku. Aku dikelilingi saudara maraku yang tidak putus2 menenangkan aku sekeluarga, saat e2 juga aku masih lagi tidak mampu melihat jenazah yang terbaring disebalik dinding kain2 yang telah dipasang oleh mereka yang sudi membantu.
Aku tidak putus2 memarahi kakak ku kerana aku tidak memberitahu aku perkara sebenar, dengan kekuatan yang diberikan oleh mereka yang berada disekeliling aku,aku dipapah untuk melihat jenazah, setelah berulang kali aku menolak kerana aku xsanggup melihat arwah.. Dengan lafaz bismillah aku membuka kain yang menutup muka arwah…
YA ALLAH YA TUHANKU.
Inginku meraung sekuat hati aku, tapi sebelum itu aku sudah dinasihati agar tidak meraung dan menitiskan airmata walau setitik pun dihadapan jenazah, aku hanya mampu meraung dalam hatiku, terasa luluh jiwa dan raga ku saat melihat arwah, terasa bagaikan satu mimpi ngeri sedang aku alami, aku hanya mampu duduk bersebelahan arwah sekitar 2minit..
Aku menyembunyikan diriku kedalam bilik,tangisan aku rintihan aku mengiringi hari yang penuh dugaan, selang berapa ketika dengan keadaan terketar2 aku sedekahkan arwah bacaan yassin.
…………………………………………………………
Ketibaan adik ku yang belajar di n9 sekali lagi aku tidak mampu menahan sebak saat dia datang dan memelukku, suasana kembali diiringi dengan airmata.
………………………………………………………….
Airmata ku mengalir lagi bila aku dipanggil untuk memberi ciuman terakhir kepada arwah, saat melihat tok imam mengangkat kain kafan yang terakhir iaitu kain kafan yang menutup keseluruhan muka dan badan arwah.. ALLAH ALLAH ALLAH, aku tidak mampu berkata2 lagi saat e2,hanya mampu mendoakan kesejahteraan arwah… aku lari menyembunyikan diri sekali lagi aku xsanggup xsanggup YA ALLAH melihat arwah diusung keluar…
Walaupun sudah 2 tahun berlalu, tidak ku mampu melupakan setiap detik yang berlaku pada hari itu, dengan INGATAN TULUS IKHLAS DARI ANAKMU, AYAHANDA KU...ku sedekahkan AL-FATIHAH buat mu...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang di kasihi-NYA dan di rahmati oleh ALLAH S.W.T selalu..
| aku rindukan belaian seorang ayah.<3 |
0 comments:
Post a Comment