Tuesday, August 19, 2014

rInDu

As salam,

          Dah lama ak tak menulis disini, huhu...

        Sebenarnya aku rindukan seseorang, seorang yang aku pernah rapat dengan dia dulu, aku terkenangkan semua yang berkaitan dengan dia..

        Dia seorang yang ceria, nakal, celoteh, gelagat dia pernah buatkan aku terasa seperti diawangan, selain tu, dia selalu mengaji menyanyi untuk aku,hihihi...bile terkenangkan saat indah mampu buat kita senyum sendirian kan..hihi..

        Tapi panas tak berpanjangan, kami dah tak serapat dulu, malah terasa seperti terlalu jauh sekarang antara kami, bukan salah siapa pun aku anggap ni lumrah la kan, tak semua yang kita rancang akan jadi, tapi setiap kali aku lalu ataupun duduk di tempat ak pernah lepak dengan dia, warung selalu minum dengan dia, perasaan ak bercampur baur namun aku harus sedar kenangan hanya mampu diingati tak boleh direalisasikan lagi.

          Jika dulu kami terlalu banyak benda yang boleh dibincangkan boleh disembangkan, tapi sekarang kami seperti kekeringan idea, malah seperti tidak pernah rapat, nak bertegur sapa terasa betapa janggalnya kami sekarang...

         Aku sering rindukan dia, aku tahu nak jumpa dia amatlah tipis sekarang tapi tak boleh jumpa ataupun tak boleh bersembang macam dulu pun, sekurang-kurangnya aku teringin nak tahu keadaan dia sekarang, sihat ke? dah makan ke? tapi aku takut aku ganggu dia pulak, takut aku rosakkan hari dia pulak..urmmm...

         Sebab itulah aku hanya memendam rasa, bukan kerana egois sangat tapi yela kite tak tahu kan keadaan die sekarang, betapa kerinduan ini pada dia tak pernah luntur hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.

         Pada aku kadang-kadang kite perlu juga memendam saja hasrat di hati agar nanti tak ada yang sakit hati, jauh di sudut hati memang aku mengharap masa dulu kembali, tapi aku kena sedar yang pergi tak kan kembali, jika kembali sekalipun tak kan sama, sama sekali..

salam penuh kerinduan dari aku yang entah siapa-siapa ni..hehe..

0 comments:

Post a Comment