Saturday, June 7, 2014

Bersediakah Aku...

As Salam...

        Sebenarnya dah lama aku mencari masa yang sesuai untuk memohon kemaafan dari si "dia"... setiap kali aku bersedia ada je halangan yang menghalang, sehingga sekarang aku masih gagal memohon kemaafan seikhlas mungkin.

        Sebolehnya aku nak minta maaf secara berhadapan dengannya, tapi itu lah masing-masing sibuk, lagipun aku tak percaya akan diri aku dapat berkata-kata sebaik mungkin seperti aku menaip entry ni, takut jadi kaku tambah teruk lagi terkeluar air mata ni...huhu(air mata aku jenis cepat kluar)..

        Yela aku akui sebelum ini aku banyak main-main, jarang sekali nak serius, sehingga kan dalam aku tak sedar aku banyak lukakan hati nya, yang aku kesalkan aku menjangkaui batas pergaulan kami, aku ambil kesempatan atas kebaikan yang dia berikan pada ku.(jahatkan aku)..

        Tapi ALLAHUAKBAR,,betapa aku menyesal kerna mengheret dia ke arah kelalaian, tapi sekarang Alhamdulillah dia dah berubah dah jadi dirinya seperti sebelum mengenali aku, namun itu bukan tiket tuk aku lupakan segala kesalahan aku, kini aku nekad nak minta maaf dengan seikhlas nya, aku tak nak main-main lagi dalam soal ni.

        Sepanjang perkenalan kami, aku mengaku dia sangat peramah dan dek keramahan dia la tanpa aku sedari aku telah menyimpan perasaan padanya, aku ingatkan berbalas rupanya tak, aku syok sendiri..hahaha..(malu koghe weyh)..huhu.

          Biarlah tu jadi kenangan kan, dan aku kena kuatkan hati agar tak timbul lagi salah faham tu, aku tak boleh berharap lagi.

         Dan sekarang aku bersedia untuk menerima keputusannya, samaada dia ingin menjauhkan lagi dirinya dari aku, samada dia sudi memaafkan aku ataupun dia tak memaafkan khilafku ini, aku bersedia menanggung dosa tu kerna memang salah aku, memang aku yang memulakannya, seperti kata orang tua-tua "berani buat berani tanggungla kan"...

         Pesan buat diri aku "jangan pernah ambil kesempatan atas kebaikan yang diberi" In Shaa Allah, aku akan lebih berhati-hati selepas ni, dan semoga aku sempat minta maaf dengan dia atas segala kesalahan aku dan salah faham aku pada nya.... In Shaa Allah..

0 comments:

Post a Comment