Sunday, December 22, 2013

Kawan kahwin, aku kahwin??


As salam,

         Biasalah musim-musim cuti sekolah ni, memang menjadi pilihan bagi yang sudah sampai jodohnya untuk melangsungkan majlis perkahwinan, dan aku tak terkecuali…..eh aku?? Opp.. kawan-kawan aku laa..(amboi gatal benor doh mu ni yie)..hahaha, tumpang gembira hok kawan je.

          Btw tahniahla pada kawan-kawan aku yang dah sampai jodoh, yang pasti kamu semua dah bersedia dengan tanggungjawab yang lebih besar, dan aku doakan semoga kalian bahagia sampai ke syurga, walaupun tak semua majlis aku dapat datang, yela korang duk jauh ler selatan, utara, aku kirim kan doa yerp.

           Dalam duk pergi-pergi majlis diorang yang terdekat ni(ganu ni la), aku pun tak lari dari kena soal “aku dah,mu bile”…haha, aku?? Ermm, bile ek??..awek pun tadak der…tunggu jela ada jodoh aku, bila sampai masanya aku akan jejaki langkah seperti kamu semua juga.
  
            Itu depan diorang, belakang diorang aku nak kahwin??entahla aku, dulu pernah la jugak rasa nak melangkah ke alam perkahwinan ni, tapi sejak dua menjak ni keinginan tu dah tak ada, hati macam dah tertutup bukan merajuk ataupun cuba nak pertikaikan takdir kerana sering terkandas dalam perhubungan.

            Tetapi setiap kali aku memikirkan soal tanggungjawab, soal nak jaga hati pasangan, soal makan minum, sara hidup dan berbagai soal lagi lah aku jadi urmm amat-amat tak bersedia…

             Kita nak kahwin dengan anak gadis orang, secara automatiknya hubungan tu tidak terhad hanya dengan pasangan sahaja, mak ayah, adik-beradik, sepupu sepapak dan lain-lain semuanya kena ambil kira, bukan senang kita nak jadi ahli baru sesebuah keluarga, silap langkah akan dibenci,dicemuh.

             Tapi yang paling bermain difikiran aku soal agama, sebagai seorang lelaki adalah tanggungjawabnya untuk mengimamkan, mengajar, membentuk keluarga itu dengan acuan agama yang baik, dan aku akui aku bukanla jenis warak, mengaji pun merangkak-merangkak, kalau mengaji pun aku merangkak macam mana aku nak memimpin makmum-makmum ku satu hari nanti.(sini pun fail dah aku)huhu, 

              Lagipun anak lelaki tanggungjawab lebih besar walaupun sudah kahwin mak ayah tetap menjadi keutamaan, antara sebab ini lah aku jadi tak ada perancangan tuk melangkah jauh, biarlah kawan-kawan dulu,,hihi… sekarang fokus aku hanya pada keluarga, aku ingin bahagiakan keluarga aku, walaupun tak semudah diungkap aku akan cuba juga.

              Majlis nikah kahwin ni, tak ada rm10 000 jangan angan..haha, memang aku tak terfikir langsung nak suruh mak aku masuk meminang siapa-siapa buat masa sekarang ni, dengan aku yang tak bekerjaya lagi, dengan keluarga aku sendiri yang masih terumbang ambing ni..

             Ntahla aku tak mengharap untuk berumah tangga, dan aku berserah pada-NYA sesungguhnya perancangan ALLAH S.W.T itu lebih baik.


Silap Kemudi Tenggelam Bahtera Yang Dilayari, 
Silap Langkah Runtuh Masjid Yang Dibina.

0 comments:

Post a Comment