Hari demi
hari, cubaan demi cubaan aku lalui aku tempuhi dengan redha dan sabar dan
kadang kala berselang seli dengan rasa yang amat kecewa,
Bukan aku
ingin berputus asa dengan dugaan yang ALLAH S.W.T bagi ini, tapi aku tak kuat
aku dah tak sanggup selalu gagal, sering kali terfikir sampai bila nak begini,
gagal dicerca diperli disindir,
Bukan aku
tak pernah cuba tapi pengakhirannya tetap sama, aku akan kecundang jua tak kira
apa saja yang aku cuba lakukan, ALLAHUAKBAR kenapa la smpai begini aku di
duga??
YA ALLAH,
memang aku akui aku cemburu dengan kejayaan orang lain, sering kali kejayaan
mereka menghantuiku, aku jua nak hidup seperti mereka yang bahagia dengan
kejayaan mereka,
Aku masih
tak faham apa yang sebenarnya majikan nak sebenarnya, jika dulu aku hanya
berkelulusan SPM, aku cuba minta kerja dikatanya sekurang-kurangnya diploma,
tapi sekarang aku dah ada diploma bila minta kerja dikatanya pula hanya untuk
SPM,
Urmm, bile
aku cakap aku tak kisah jika diterima hanya atas tiket SPM dikatanya pula
rugilah diploma awak, awak belajar bertahun-tahun, buat pinjaman sana sini,
urmm, ada SPM pun susah ada DIPLOMA lagi lah menyusahkan,ni belum lagi ada
ijazah or whatever lah yang lebih tinggi!!!
Adakah apa
yang aku buat ni silap strategi? Adakah setiap apa yang aku buat hanya akan
sia-sia akhirnya?? Kenapa susah sangat aku nak berjaya macam orang lain ni???
Selepas gagal dan gagal dan gagal, aku dah tak tahu nak cakap apa lagi, urmmmm
0 comments:
Post a Comment