Thursday, July 12, 2012

Kekurangan ini…



            Erm…bukan niatku nak merungut dengan kekurangan diri, tapi aku tahu dengan kekurangan diriku telah membuatkan kamu berasa tidak selesa malah memalukan kamu, walaupun maaf telah ku ungkap, ku tahu iainya masih tidak mencukupi untuk mengembalikan keadaan seperti asal…

            Bukan nak ku merendahkan diri tapi kadang kala aku juga terpikir, kadang~kadang dengan “kelurusan” ku “kekalutan” ku dalam satu~satu keadaan telah membuatkan kamu sahabatku berasa malu dengan sikap ku…

            Maafla jika kekurangan diriku membuatkan kamu malu tuk mengaku aku sebagai sahabat mu, aku xkisah, aku xmarah kamu berbuat begitu padaku wahai sahabatku kerna ku tahu siapa aku, malah jika kamu mengajak sahabat~sahabat yang lain untuk memalukan aku, aku juga tak kisah jika itu mampu menggembirakan hatimu, namun cubalah fikir sejenak xde orang nak malukan sahabat sendiri apatah lagi nak malukan diri sendiri.

Aku xminta simpati
yang aku minta nasihati,

             Sahabat aku xkisah jika satu hari nanti kamu mengangkat kaki untuk mencari sahabat yang lebih baik dari ku kerna ku tahu setiap manusia inginkan kesempurnaan, bermula dari keluarga, peribadi sehinggalah persahabatan…

             Dan bagi aku, aku xmenyesal, dengan kekurangan ku malah lebih bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH S.W.T bagi pada ku, mungkin pada mata kasar manusia nampak serba kurang tapi ketahuilah ALLAH MAHA BESAR dan MAHA MENGETAHUI segalanya..

              Buat semua sahabatku lagi aku memohon jutaan kemaafan dalam perhubungan sahabat kite jika dalam gurauan, percakapan, tingkah laku ku membuatkan kamu semua terasa, tersinggung, malu, marah padaku.. niatku Cuma 1 aku ingin mengembirakan semua orang disekelilingku…
              
              Namun ku tahu dengan kekhilafan diriku, dengan kekurangan diri ku aku xmungkin dapat mengembirakan kamu semua…

             Buat sahabat2ku yang sudi membaca/menjengah entry di blog ku aku ucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi meluangkan sedikit mase tuk membaca keluh kesah ku, masalah ku, kegembiraanku, kesedihanku, kerna ku tahu kamu yang bace entry2 aku hanyalah beberapa kerat..:)

SAYANGKU PADA SAHABAT LELAKI BUKAN KERANA “GAY”, DAN SAYANGKU PADA SAHABAT PEREMPUAN BUKAN KERANA “CINTA”, IAINYA CUMA SATU IAITU KEIKHLASAN MU MENERIMA KU SEBAGAI SEORANG SAHABAT…



2 comments:

✿ ♥ Puan_marshmallow ♥ ✿ said...

guane sedih ngak eaaaa??

Unknown said...

huhuhu...itew xmmpu nk jd kawan yang baik

Post a Comment